-untukmu, wahai wanita virtual [1]-
"tak sangka, saya boleh berdiri di depan awak bukan sebagai peminat, tapi sebagai manusia yang sama taraf, sebagai manusia yang awak anggap setaraf darjatnya. saya dah lama tunggu saat ini, untuk saya confess cinta yang telah lama saya simpan.
....... saya cintakan awak."
"..."
"saya tahu awak tak faham bahasa saya. saya tak kisah, kerna saya tahu, awak tetap tak akan cintakan saya. saya dah lama tahu itu. tapi, hati saya tetap nak confess cinta ini. kerna itu, saya berusaha untuk berjaya sehingga ke tahap ini agar saya dapat peluang untuk memberitahu awak akan cinta saya ini. saya tak kisah apa akhirnya, yang penting bagi saya, saya boleh memberitahu awak bahawa saya benar-benar cintakan awak, bukan sekadar di dunia virtual, tapi juga di dunia empirikal."
"......"
"dalam melodi dan lirik yang saya reka untuk awak nyanyikan itu, ada kisah cinta saya kepada awak. suatu hari nanti, awak akan tahu."
"what...?"
"oh, just saying that i hope one day you will meet a nice guy that will love you back.."
"thank you..."
nasib baik dia faham bahasa orang putih.
"bye..."
"bye..."
kan dah pernah aku kata, kau berjaya atau tidak, dia tetap tak akan cintakan kau, wahai hati.
hilanglah dia menjadi bayang-bayang lagi, setelah dia puaskan hatinya, ucap dia kata cinta kepada wanita itu.
hilang dia daripada dunia empirikal...
Ulasan
Catat Ulasan