-manusia-
katanya
"biasalah manusia, masing-masing akan berusaha tunjukkkan apa yang dia lakukan adalah yang terhebat sekali berbanding manusia sekeliling. kerna itu, aku pilih jadi bayang, kerna bayang tak perlu bersaing dengan objek, bayang hanya bersaing dengan bayang, bersaing untuk membuktikan siapa lebih gelap bayangannya. tapi, jangan sampai bayang overshadow objek, kerna berdasarkan teori fizik, cahaya itu tidak boleh lari keluar daripada lohong hitam (black hole). shadow mana pun seseorang itu, objek akan anggap shadow umpama threat, kerna tanpa shadow, sesuatu itu tak akan dianggap objek. objek akan berusaha untuk dianggap hebat, objek akan berusaha agar nampak lebih hebat berbanding shadow, bersaing dengan shadow, walaupun shadow tidak berminat nak bersaing, tidak berminat nak menang.
jangan risau, di dunia ini hanya sedikit sahaja yang pilih bayang, kerna struggle for recognition itu penting untuk kemajuan kapitalisme dan juga untuk menang dalam sistem demokrasi.
dan tiada sesiapa yang nak pilih bayang kerna sesiapa yang pilih bayang maka dia itu tidak berguna dalam masyarakat, dianggap sampah, dan dibunuh masyarakat, agar berubah."
"bayang akan overshadow objek apabila objek menganggap bayang sebagai threat, walaupun bayang tak buat apa-apa pun, walaupun bayang anggap dirinya sendiri sampah."
Ulasan
Catat Ulasan