-
katanya
"aku nak buat sesuatu kepada masyarakat. aku nak aktif dalam masyarakat. aku nak aktif dalam politik, dalam activism. aku nak sebarkan bahawa membaca buku itu adalah salah satu senjata terhebat manusia. aku nak sebarkan kepentingan sains. aku nak tafsir sains guna pandangan alam Islam, dan dengan tafsiran itu boleh membantu melahirkan atau memajukan lagi sains teori yang sedia ada. aku nak membantu masyarakat agar mereka gembira. aku nak sedarkan masyarakat bahawa perlumbaan mencari duit itu perlulah bersederhana, dan bukan berlumba sampai melupakan apa itu kebaikan, apa itu kemanusiaan. aku nak amankan dunia ini.
tapi, itu dulu... sekarang ini, aku malas, selepas aku tahu, aku mentalku sakit, hatiku rosak, jiwaku lemas dengan kebodohanku sendiri.
aku abaikan semuanya itu, dan aku mula menulis sastera bodoh romantika, menulis kesan kerosakan psikologi. aku menulis sampah kerna aku memang sampah.
aku kembali lagi melayan perasaan, dan abaikan melayan pemikiran. kerna, berdasarkan pengalamanku, lebih baik melayan perasaan daripada melayan pemikiran, walaupun dua-dua itu memberi kesan yang sama ke atas jiwaku; ia melemaskan jiwaku...tapi, melayan pemikiran menyebabkan aku menyakiti hati manusia lain, berbanding melayan perasaan, kerna dengan melayan perasaan aku seorang sahaja yang rasa sakit di hati."
Ulasan
Catat Ulasan