-tentang dia [13]-
katanya
"aku suka dia. aku cinta dia. aku rindu dia. aku nak peluk dirinya. aku nak berjalan-jalan dengan dia di tepi pantai, di tepi tasik. aku nak dia wanita pertama yang aku rapat, wanita pertama yang menjadi sahabat baikku. tapi, aku tahu apa realitiku, apa realiti wanita itu. maka, apa yang aku boleh lakukan hanyalah berdoa sahaja, agar dia bertemu dengan lelaki baik, dan agar Pencipta kurniakan dia dan lelaki idamannya itu hidayah. itu sahaja yang mampu aku lakukan kepada wanita yang aku sangat cintai. bukankah salah satu makna cinta, ialah gembira ketika melihat wanita yang kita cintai gembira, walaupun lelaki yang ada disisinya bukanlah kita."
"aku rasa, dah tiba masanya, aku wake up, daripada dunia delusiku..."
Ulasan
Catat Ulasan