-tentang sastera [4]-

katanya
"sastera ku adalah teman terbaik ku. dia tahu apa yang ada di hatiku, mindaku. dia tahu betapa lemasnya jiwaku, betapa lelahnya zahirku, betapa peritnya hatiku melayan dunia empirikal, fantasi, juga dunia virtual."

"ada kalanya aku lelah dengan sasteraku, maka aku jauhi dia, tapi aku tetap kembali ke sasteraku, kerna dia teman terbaikku, berbanding manusia."

"sasteraku menjadi penemanku dikala aku berduka, bersedih, gembira, bersemangat. semuanya ditemani oleh sasteraku."

"aku tahu sasteraku bodoh, seperti bodohnya hatiku, juga bodohnya mindaku, tapi sasteraku tetap teman terbaikku."

"sasteraku sudi mendengar segala-galanya tentang aku."

"aku suka sasteraku, walaupun pada masa yang sama aku benci akan segala-galanya tentang diriku."

Ulasan

Catatan Popular