-dunia virtual [2]-

katanya

"dulu, aku pilih untuk lemas tenggelam di lautan ideologi pemikiran, falsafah. tapi, akhirnya aku abaikan ia. kini, aku kembali lagi melayan dunia virtual setelah aku abaikan ia kerna melayan ideologi."

"dunia virtual menyeronokkan, walaupun keseronokan itu delusi, tapi ia beri ke-rela-an kepada sastera sampahku."

"aku pilih, untuk tenggelam lebih dalam di lautan virtual ini. aku dah malas nak lemas di lautan ideologi lagi."

"tenggelam di lautan virtual bersyarat. aku tidak boleh masuk ke dalam dunia itu, aku hanya perlu jadi pemerhati sahaja. tapi, walaupun aku jadi sekadar pemerhati di dunia itu, akhirnya aku jatuh cinta juga, di dunia virtual itu, di lautan virtual itu."

"salahku, kerna aku coba masukkan personalitiku ke dalam dunia virtual itu; aku coba gunakan virtual untuk lari daripada realitiku. akhirnya, aku jatuh cinta, walaupun pada awalnya aku berniat sebagai pemerhati sahaja, sebagai pemerhati personaliti seseorang di dunia virtual."

"cinta ku ini real, walaupun dia sekadar virtual, empirikal jauh di sana."

Ulasan

Catatan Popular