-dunia virtual [3]-
katanya
"aku pilih, untuk terus tenggelam di lautan virtual ini. aku tak nak berusaha untuk keluar, kerna andai aku keluar, maka aku akan cari sesuatu untuk menggantikan dunia virtual ini, yang akhirnya sama sahaja hasilnya, iaitu aku tetap lemas. daripada aku lemas dengan hal lain, lebih baik aku pilih lemas di lautan virtual; lebih baik aku terperangkap di penjara virtual."
"aku nak tenggelam lebih dalam lagi, agar sasteraku bisa berkembang."
"dunia virtual ini memberi kesan real ke atas dunia sasteraku."
"dunia virtual ini seronok di layan, walaupun realiti aku abaikan; realiti aku tak hidup; realiti aku tak terlalu tumpukan. tapi, andai aku tak melayan dunia virtual, realitiku tetap aku abaikan; aku akan sibuk dengan hal-hal lain, kerna aku tak suka akan realitiku."
"jangan salahkan dunia virtual, kerna tanpa dunia virtual, aku tetap tak terlalu tumpukan realiti empirikalku."
"aku yang patut disalahkan, kerna pilih untuk lemas di lautan virtual, dan tidak terlalu tumpukan hidupku di dunia empirikal."
escapism ...
Ulasan
Catat Ulasan