-dunia virtual [1]-
katanya
"masuk ke dunia virtual ada syaratnya. jangan sesekali wujudkan diri di dunia virtual. maknanya, bila diri masuk ke dunia virtual, pastikan ada pemisahan antara empirikal dan virtual, agar hati boleh disedarkan, supaya ingat bahawa harapan di virtual berbeza, dengan harapan di empirikal."
"bila masuk ke dunia virtual, seseorang akan letakkan dirinya juga di dalam dunia virtual itu, bagaikan dia ada watak di dalam dunia virtual, sehinggakan hati boleh jatuh cinta di dunia virtual; hati boleh mencintai seseorang di dunia virtual, walaupun dia selama-lamanya tak akan bertemu dengan orang yang dicintainya itu di dunia empirikal."
"dunia virtual bahaya. kerna, hati bisa tenggelam lemas di lautan itu; hati bisa mencintai seseorang di dunia virtual. cintanya sama, seperti cintanya di empirikal. dia mencintai seseorang di dunia virtual, umpama dia mencintai seseorang di dunia empirikal."
"... hati pun mula berharap, agar cinta virtual itu bisa diempirikalkan suatu hari nanti."
...
"apabila masuk ke dunia virtual, jangan masukkan juga diri ke dalam dunia itu, cukuplah sebagai pemerhati sahaja. jangan coba masukkan diri sendiri di dalam dunia virtual itu; jangan coba ada karekter diri sendiri di dunia virtual, cukuplah sekadar sebagai pemerhati jauh sahaja, kerna andai kata coba mewujudkan diri di dunia virtual, maka hati kemungkinan besar akan jatuh cinta di dunia itu. jatuh cinta di dunia virtual adalah sama seperti jatuh cinta di dunia empirikal, apa yang beza hanyalah, diri sendiri kemungkinan besar tidak akan jumpa dia itu di dunia empirikal. cinta di dunia virtual, adalah sama sakit, seperti cinta di dunia empirikal. begitu juga keindahan cinta di dunia virtual, adalah sama seperti keindahan cinta di dunia empirikal, iaitu ia adalah ilusi dan delusi keindahan semata-mata. cinta di empirikal dan cinta di virtual, ada kalanya sekadar delusi ilusi keindahan sahaja, apa yang real adalah kesedihan, tapi hati degil, kerna masih juga melayan cinta itu. tapi, cinta di empirikal kemungkinan besar lebih indah akhirnya berbanding cinta di virtual. dan, sebenarnya, pada awalnya lagi, cinta di virtual adalah ilusi semata-mata, ia terletak kepada diri, sama ada nak terima realiti atau terus memilih untuk tenggelam lemas di lautan cinta virtual itu. kalau aku, aku pilih untuk terus tenggelam di lautan delusi itu, agar sastera ku bisa berkembang lagi, walaupun ia memalukan, dan sekadar kebodohanku sahaja. tapi, ada yang real, iaitu perasaan cinta ku."
"kalau yang tak nak tenggelam lemas di lautan virtual, cukuplah hanya sebagai penyokong dari belakang sahaja. janganlah pilih untuk lemas di lautan itu, kerna ia benar-benar menyeksakan jiwa. jiwa rasa seksa, rasa lemas, badan rasa lelah, ia real, semua itu real, walaupun ia sekadar delusi di dunia ilusi, hasil kelemasan di dunia lautan virtual."
Ulasan
Catat Ulasan