-tentang aku [32]-
katanya
"makin lama aku bersosial, makin aku rasai, bersosialku lebih banyak adalah komen cara hidup manusia lain, kritik cara hidup manusia lain, nilai manusia lain, sampaikan satu tahap, aku rasa bahawa bersendirian lebih indah daripada bersosial. lebih baik aku buat dosaku sendiri, daripada aku buat dosa beramai-ramai."
"tapi, aku tetap bersosial juga, walaupun hatiku rasa sunyi. rasa sunyi, walaupun aku berada dalam kebanyakan. aku bersosial, kerna aku manusia."
"wahai manusia, siapkan dirimu untuk dinilai, dikritik, dimaki, dihina ketika kau masuk ke dunia 'masyarakat'."
"kau akan dinilai, dihina, dikritik, dimaki, hanya kerna kau berlainan daripada majoriti. manusia nak merobotkan manusia, agar perangai sama, personaliti sama, karekter sama, semuanya sama."
"aku malas akan segala-galanya, di dunia empirikal. kerna itu, aku pilih lemas di lautan delusi, sama ada delusi hasil virtual, atau delusi rekaanku sendiri."
"kan indah, andai delusi virtualku memberi keuntungan material agar aku boleh hidup di dunia kapitalisme."
"wahai Sang Pencipta, aku berdoa kepada Mu, agar delusiku ini boleh memberi ku makanan, dan keindahan hidup di dunia empirikal, tanpa perlu aku terlalu sibuk di dunia empirikal."
"dunia delusi ini lebih indah dilayani, berbanding perbincangan dalam menilai, mengkritik, menghina, mengutuk hidup manusia lain."
"dunia delusi boleh menghasilkan art, dunia menilai hidup manusia lain langsung tidak boleh melahirkan art, kalau ada pun, sekadar karya untuk mengutuk cara personaliti manusia."
"aku pilih, nak lemas di lautan delusi..."
Ulasan
Catat Ulasan