-tentang mulut-
katanya
"aku sedari, mulut memainkan peranan, untuk mempengaruhi penilaian manusia. mulut yang hebat berbicara, boleh mempengaruhi manusia, bahawa dirinya (pembicara) itu hebat, sangat-sangat hebat. dengan mulut, kita boleh impress manusia. dengan mulut, kita boleh kelihatan hebat. dengan mulut, penilaian manusia boleh diubah, malah dengan mulut, kita boleh kelihatan pandai, berbanding manusia yang senyap. tapi, aku tak minat semua itu. aku tak minat nak semua itu. taeyeon mengajar aku, manusia hebat tidak perlu berusaha untuk kelihatan hebat, kerna manusia hebat akan terserlah kehebatannya pada suatu hari nanti, hanya masa yang akan menyerlahkannya. apa yang perlu dibuat hanyalah usaha, tanpa perlu terlalu menggunakan mulut, untuk menyerlahkan kehebatan, untuk impress manusia lain, untuk dinilai agar hebat. taeyeon hanya diam, walaupun dia leader. tapi, dia diam-diam, ubi berisi. dia dikata ditelan oleh ahli kumpulannya, tapi akhirnya terserlah kehebatannya sebagai seorang penyanyi terhebat.
bagi aku, aku tak kisah kau nak pilih mana, nak tunjukkan kehebatan guna mulut, atau sekadar diam. cumanya, jangan sesekali merendahkan sesiapa pun, dan jangan kerna mulut kita menelan manusia hebat."
Ulasan
Catat Ulasan