-tentang sastera [33]-
katanya
"tenggelam di lautan delusi boleh memberi inspirasi karya, dan menghasilkan sesuatu yang lain."
"tenggelam sahaja tidak mencukupi. di lautan itu, jiwa perlu lemas, agar boleh menghasilkan masterpiece. tapi, dalam proses itu, hati akan rasa seksa, merana, jiwa rasa lemas, selemas-lemasnya, dan zahir kelihatan malas, kerna banyak tanggungjawab yang diabaikan."
"diri mengabaikan amanah dan tanggungjawab di dunia empirikal, agar diri boleh lemas selemasnya di lautan delusi yang seperti lembah yang tiada penghujungnya, dan hasilnya adalah masterpiece."
"amanah di empirikal malas dilayani, kerna jiwa dah penat di lautan delusi."
"amanah di empirikal diabaikan, dikurangkan, agar diri boleh membiarkan jiwa lemas di lautan delusi tanpa gangguan amanah."
"jiwa yang lemas di lautan itu, boleh menghasilkan sesuatu karya; sama ada karya yang boleh mendatangkan hasil material di dunia kapitalisme, tapi ada yang hanya merana sahaja yang dirasai tanpa keuntungan empirikal."
"tapi bagiku, tenggelamlah di lautan delusi agar art boleh dihasilkan dengan hebat, walaupun pada pandangan manusia lain, art itu tidak hebat. asalkan hati puas - dah cukup, walaupun ditemani rasa kelemasan jiwa."
"di zahir kelihatan diri tidak berguna, tapi art yang dihasilkan memberi perasaan ke jiwa."
"lemas di lautan empirikal memberi kekayaan material, sibuk di lautan delusi tidak memberi kekayaan, malah ramai katakan ia sia-sia, kerna ia memang sia-sia. tapi, aku tetap pilih lemas di lautan delusi, untuk karyaku berkembang."
"mungkin, lemas di lautan empirikal boleh memberi juga inspirasi karya. tapi, selepas lemas di lautan empirikal, perlu masuk ke lautan delusi, agar inspirasi hasil dunia empirikal boleh dikembangkan."
"semua kelemasan boleh menghasilkan karya, sama ada lemas di lautan empirikal, virtual, fantasi, etc. terletak kepada diri, sama ada nak kembangkan ia untuk menghasilkan karya, atau pilih untuk move on, secepat mungkin, tanpa hasilkan apa-apa art."
"tapi, andai lemas dalam satu lautan sahaja, kemungkinan besar tak akan menghasilkan karya, kerna lautan yang lain memberi kesan ke atas lautan yang lain. lemas di lautan empirikal, lari ke lautan delusi. di delusi, memandang diri sendiri di lautan delusi, semua kembali ke diri sendiri, dan lemas di lautan itu memberi inspirasi karya."
"andai memilih lemas di lautan mana pun, bersiap sedialah untuk dihina, dimaki, ditafsir, dinilai oleh manusia lain."
Ulasan
Catat Ulasan