-tentang cinta [46]-

03.38 am





katanya
"
di dunia ini, pasti ada manusia yang terpaksa abaikan cinta yang ada di hatinya, kerna realitinya tidak mengizinkan dirinya untuk meneruskan cintanya. dia menarik diri, kerna dia tahu apa realitinya. dia pergi jauh, menjauhi hatinya, agar dia tidak rasa terlalu terseksa kerna realitinya tidak menyebelahi dirinya. dia pergi. walaupun hatinya rasa duka, mulutnya sentiasa senyum, kerna dia terima realitinya. baginya, tidak ada gunanya dia mencerca realitinya. dia senyum, dia belajar senyum, walaupun cinta yang ada dihatinya, dia abaikan, dengan rela.
hiduplah dia, tanpa cinta, tanpa ada lagi harapan cinta. dia terima realitinya. dia terima segalanya. luka di hatinya masih terasa, tapi apakan daya, dia sedar akan realitinya. dia simpan sahaja cintanya itu, selama-lamanya di dalam hatinya. dia kunci hatinya, tanpa tiada sesiapa pun lagi, mampu menembusinya.
hiduplah dia, dengan cinta itu, yang hanya ada di hatinya. dia kekalkan cinta itu, sampai bila-bila. ada kalanya, hatinya rasa seksa, tapi dia sentiasa beritahu hatinya, bahawa hati harus terima realitinya.
dia sentiasa senyum, walaupun duka ada di sebalik senyumannya itu. peliknya, senyumannya itu tidaklah palsu, ia real, sangat real. pada mulanya ia palsu, tapi setelah dia terima akan realitinya dengan hati terbuka, senyumannya menjadi real. realiti cinta telah mengubah senyumannya, walaupun cintanya tidaklah berakhir dengan sebuah keindahan.
tapi, bagi sesiapa yang melihat senyumannya, bagi sesiapa yang tahu kisahnya, senyumannya itu bagaikan sebuah tangisan. tangisan yang dia sembunyikan di sebalik senyumannya.
manusia lain tidak mampu membantu dirinya, sekadar hanya berteman di tepi. dan, dia juga tidak suka mengkisahkan kisahnya, kepada manusia lain, kerna bagi dirinya, dia dah terima semua itu, makanya tidak perlu lagi dikisahkan kepada sesiapa. biarlah dia tanggung semuanya itu bersendirian, tanpa perlu mengadu kepada manusia.
beberapa puluh tahun kemudian, akhirlah hidupnya, dunia dia tinggalkan. sepanjang hidupnya, kelihatan dia bersendirian di empirikal , tapi hatinya ada sebuah cinta, yang telah lama dia jaga. cintanya kepada wanita itu kekal, sentiasa kekal, walaupun hanya dia seorang sahaja, yang merasai cinta itu, sehingga akhir hayatnya. cintanya itu, kekal berpuluh-puluh tahun.
sehingga akhir hayatnya, hanya wanita itu sahaja yang dia cintai, kerna dia dah lupa bagaimana lagi nak jatuh cinta. hatinya dah lupa, bagaimana lagi nak mencintai wanita lain. hatinya dah lupa, bagaimana nak menggantikan cintanya.
dalam buku diarinya, ada tertulis perkataan yang sama; perkataan yang dia tulis selama berpuluh-puluh tahun.
"aku cinta dia, aku sangat-sangat mencintai dirinya, tapi aku tahu apa realitiku. maka, aku terima ia, tanpa lagi berharap apa-apa mengenai cinta. apa yang aku nak katakan hanyalah, aku rindu dia, sangat-sangat rindu. hatiku rindu dia, jiwaku rindu dia.

wahai kamu, aku cinta kau sampai akhir hayatku, walaupun aku tahu, kau tak akan pernah mencintai ku."

"aku cintakan kau."

"








Ulasan

Catatan Popular