-tentang sastera [9]-

seronok sebuah pengkhayalan.
ingin dia terus di dalamnya.
mahu dia abai seluruh realiti,
dan terus tenggelam sahaja dalam lautan khayalan.
tenggelam dan terus tenggelam,
menghayati sebuah kegembiraan,
yang ramai katakan sebagai bersifat delusi semata.
dia tahu, semua itu delusi,
tapi dia pilih untuk terus tenggelam sahaja, walaupun dia lemas; 
merana dalam penghayatan sebuah estetika yang delusi.
kerna, tanpa delusi, dia tidak tahu,
apa lagi enthusiasm dalam hidupnya.
kerna ilusilah, dia masih bersemangat untuk berharap,
untuk meminta kepada Sang Pencipta.
kerna delusilah, dia bisa lawan mental psikologinya.
kenapa dia perlu abaikan delusi yang ilusi
andai ia beri perasaan real ke atas realitinya?
dan, tanpa delusi itu
hatinya dah lama mati
hatinya dah lama berhenti berharap
berhenti meminta
berhenti berusaha dalam diam.

dia dah mula lagi berharap kerna sebuah delusi yang sangat ilusi.
dia tahu harapan itu juga sekadar delusi
kerna harapan itu hadir hasil sebuah ilusi,
tapi dia tidak kisah,
dia tetap berharap juga.
dan dia tidak mahu lagi lari dari melayan delusi
walaupun dia tahu, ia sangat-sangat mustahil,
dan kemungkinan besar dia merana akhirnya.
dia pilih itu, maka dia tahu apa risikonya.
tanpa risiko, tak ada namanya sebuah harapan,
dan permintaan.

dia tetap berharap, walaupun realiti tidak memihak dirinya
dia tetap berharap, walaupun dia kelihatan malas di zahir,
kerna, sebuah harapan bisa hasilkan sastera,
kerna, kesakitan hasil sebuah harapan bisa hasilkan sastera,
kerna, sebuah cinta bisa hasilkan sastera,
walaupun pengakhirannya bukanlah sebuah keindahan yang diharapkan.

semuanya bisa hasilkan sastera...

katanya

"makin dalam lemasku dalam lautan ilusi, ditambah lagi dengan peranan realitiku dalam permintaan atas sebuah harapan, makin banyak inspirasiku dalam penghasilan sebuah karya, walaupun dalam proses itu, hatiku merana, kerna melayan sebuah delusi yang ilusi, sangat-sangat ilusi, yang aku bermati-matian berharap agar ia menjadi real, suatu hari nanti."

delusi yang ingin di realitikan...
virtual yang ingin di empirikalkan...
fantasi yang ingin direalkan...

dia tahu, semua itu kebodohan,
dan sia-sia,
tapi ia membantu dalam karyanya...

"terima kasih, kerna bagi inspirasi kepada karyaku, kepada sastera sampahku..."

Ulasan

Catatan Popular