-


katanya

“dia itu kasihan. dia dah terlalu lama berada di bawah. di kala dirinya dipuji, hatinya tak rasa apa-apa pun. dia tak rasa bangga, dia tidak rasa dirinya hebat.”

“dia itu kasihan. dia dah terlalu lama berada di bawah. dia dah terlalu lama memandang rendah dirinya sendiri, memandang hina dirinya sendiri, sehinggakan di kala dirinya dipuji oleh seseorang yang hebat, hatinya tak rasa apa-apa lagi, dia tak rasa dirinya hebat, pandai, istimewa. dia tahu, pujian hanya delusi sahaja, kerna dia tahu dirinya bagaimana. dia dah malas untuk mencari pujian. dia selalu anggap, hanya kesedihan, kesayuan sahaja sesuai untuk dirinya, kerna ia sesuai dengan jiwa sastera yang ada pada hatinya. lelaki itu dah menjadi pencinta sastera yang real. dia berjiwa sastera, dan sastera yang indah bagi dirinya adalah apabila dia merasai kesayuan kerna kesayuan memberi inspirasi kepada sastera jalanannya.”

“secara generalnya, kesayuan, kesepian, kehinaan, adalah teman terbaik untuk peminat sastera.”

“apabila seseorang dah terlalu lama berada di bawah, dia tidak tahu nak beri reaksi apa apabila dirinya tiba-tiba dipuji oleh seseorang yang hebat.”

“apabila seseorang dah terlalu lama memandang rendah dirinya sendiri, dia tidak akan merasai apa-apa lagi apabila dirinya tiba-tiba dikatakan hebat, pandai, bijak,  dan pelbagai pujian lagi. hatinya dah lama mati akan hal-hal seperti itu.”

“lelaki itu kasihan, dia dah terlalu lama memandang rendah dirinya...”

“pada hari ini, pertama kali dalam masa 5 tahun, dirinya dipuji oleh seseorang yang hebat. tapi yang peliknya, di kala dirinya dipuji, dia tidak rasa apa-apa pun. dia tidak rasa gembira, bangga, istimewa. dia langsung tidak rasa apa-apa pun, kecuali hatinya rasa kosong, sangat-sangat kosong. mungkin, dia dah lama merasa sayu, kerna psikologinya merosakkan tafsirannya terhadap dirinya sendiri. dia dah lama berada di bawah, dia dah lama memandang rendah, hina dirinya sendiri, kerna itu dia rasa kosong di kala dirinya dipuji oleh seseorang yang hebat.”

“keyakinan kepada dirinya sendiri telah lama hilang dalam sanubarinya. dah lama hilang, sangat-sangat lama sehinggakan dia tidak tahu nak beri reaksi apa ketika dirinya tiba-tiba dipuji.”

“dia hanya nak berkurung di dalam ruang kecilnya sahaja. dia hanya nak berkurung di dunia kecilnya sahaja. dia hanya nak tinggal di dunia kecilnya, selama-lamanya.”

“dia tidak mahu keluar dari dunia itu, kerna di dunia itu, dia rasa gembira.... gembira sangat...”





Ulasan

Catatan Popular