-
katanya
“dah
tiba masanya, aku terima aku yang ini. dah tiba masanya, aku terima bahawa aku
ini ke arah sastera, bukan ke arah sains. dah tiba masanya, aku terima itu, dan
tidak melawan ia lagi.”
“sastera
sesuai untuk jiwaku, walaupun sains fizik teori benar-benar aku minat ia. tapi,
mungkin, lemas di lautan jiwa lebih sesuai untuk manusia seperti ku. manakala,
lemas di lautan teori fizik, tidak sesuai untuk golongan yang berjiwa sastera.”
“berdasarkan
pengalamanku, sibuk di dunia fizik, membuatkanku melupakan sementara rasa sayu,
sepi yang ada di hatiku.”
“sibuk
di dunia sastera pula, aku kembangkan (embrace) rasa sayu, sepi itu menjadi
karyaku.”
“dah
tiba masanya, aku pilih sastera, dan abaikan minatku terhadap fizik teori.
mungkin dah tiba masanya aku terima realiti aku yang ini.”
“tak
sangka, ada pensyarah nak aku sambung master (physics) di bawah penyeliaannya...”
“.... itu
dah cukup bagiku.”
“tapi,
aku tak yakin dengan diriku sendiri. aku tak anggap diriku layak untuk itu. aku langsung tak layak untuk itu. mungkin kerna, sastera sahaja sesuai untuk
diriku.”
“dah
tiba masanya, aku terima sastera sebagai teman terbaikku, walaupun sastera
membuatkanku melayan rasa sepi, sunyi, mental illness, psikologi, cinta delusi,
fantasi yang aku reka dan lalui.”
“psikologiku
benar-benar telah mengubah diriku. ia ambil semuanya yang ada di hatiku.”
Ulasan
Catat Ulasan