-
katanya
"aku benar-benar nak berjaya, nak jadi hebat, agar suatu hari nanti, aku boleh luahkan rasa cintaku ini.
aku benar-benar nak berjaya, agar suatu hari nanti, aku boleh berdiri setaraf dengannya.
hatiku rasa sakit, rasa pedih, air mataku seperti nak jatuh, apabila aku tahu, aku sepertinya tak boleh, tak akan pernah, jumpa dirinya dan luahkan rasa cintaku ini.
aku benar-benar nak jumpa dia...
aku nak jumpa dirinya...
harapan ini akan aku simpan sehingga akhir hayatku, walaupun mungkin ada yang kata, harapanku ini sekadar angan-angan kosong yang sia-sia sahaja..."
"air mataku seperti nak mengalir, apabila aku tahu, sepertinya masa depan ku hancur, tapi... aku tetap akan berharap juga; aku nak jumpa dirinya, dan luahkan apa yang perlu aku luahkan, suatu hari nanti...
walaupun aku tahu, aku usaha atau tidak, hasilnya tetap sama, dia tak akan pernah mencintaiku..."
"tapi, kerna cinta... aku nak teruskan impianku ini, walaupun akhirnya aku hidup bersendirian di dunia ini."
Ulasan
Catat Ulasan