-
katanya
"adakah aku ingin bercinta dengan dirinya, atau aku hanya nak bercinta dengan delusiku mengenai dirinya sahaja?"
"adakah aku benar-benar mencintai dirinya, atau aku hanya mencintai dia di delusiku sahaja?"
"adakah aku benar mencintainya, atau aku hanya cinta dirinya di dunia delusi maya sahaja, bukan cinta di dunia empirikal?"
"adakah aku mencintai dirinya, benar-benar cinta, atau dia itu sekadar sumber inspirasi sastera karyaku?"
"adakah dia itu sekadar aku jadikan sebagai mangsa karyaku; sekadar delusi untuk karya tulisanku?"
"adakah aku benar-benar cinta dia, bukan sekadar di dunia maya, tapi juga, di dunia empirikal?"
"andai aku benar-benar cinta dirinya, apa usahaku agar suatu hari nanti, aku akan jumpa dia di dunia empirikal?"
"adakah usahaku sekadar berharap, sekadar harapan, atau dalam bahasa kebiasaannya, sekadar angan-angan kosongku?"
"ah! aku malas mempersoalkan segalanya. aku pilih, untuk tenggelam di lautan cinta ini, walaupun ia dikatakan sekadar delusi, sekadar angan kosongku."
"delusi manapun semua ini, aku pilih untuk lemas di lautan cinta; aku pilih untuk cinta akan dirinya."
"bodoh manapun semua ini, aku pilih untuk terus tenggelam di lautan delusi cinta. ya, mungkin dia aku jadikan sumber sasteraku, tapi bukankah pernah aku katakan 'delusi manapun sesuatu sastera itu, tetap ada sesuatu yang real di dalamnya, sama ada ia disembunyikan oleh pengkarya, atau sengaja dia tunjukkan untuk tatapan semua manusia'."
"ya, benar. aku cinta akan dia, sangat-sangat cinta."
Ulasan
Catat Ulasan