-tentang cinta 2 [7]-
katanya
"cinta virtual ini, membantuku, dalam menghapuskan minatku, terhadap ideologi dan idealisme. aku tidak tahu, sama ada ia satu kebaikan atau tidak. tapi, cinta virtual ini, lebih indah dilayan, berbanding memilih lemas di lautan ideologi. aku pilih, lemas di lautan cinta virtual, berbanding lemas di lautan idealisme, ideologi."
"sejak aku mencintai dirinya, aku dah kurang berdebat di dalam mindaku. malah, cinta delusiku ini membantuku, untuk mengawal perdebatan yang ada dalam mindaku ini. cinta ini telah menyebabkan aku lebih melayan hati, berbanding minda, dan ia lebih indah, dan tidak menyakitkan hati manusia lain."
"terima kasih, kerna awak muncul, di dunia kecilku, wahai wanita delusi maya. aku berharap, kita bertemu, suatu hari nanti, di dunia empirikal."
"aku mencintai dirimu bukan kerna nafsu, tapi kerna aku benar-benar mencintai dirimu. andai aku mencintaimu semata-mata kerna kecantikanmu, maka aku tak akan memilihmu, kerna ada yang lebih cantik berbanding dirimu, tapi bagiku, awak tetap yang pertama dalam hatiku, dalam kecantikanmu juga personalitimu, walaupun dua-dua itu, ada kekurangannya. kitakan manusia..."
Ulasan
Catat Ulasan