-tentang cinta 2 [8]-
katanya
"aku mencintai wanita, yang aku tahu, sangat-sangat tahu, dia tidak akan pernah mencintai diriku, tapi kenapa, aku masih juga mencintai dirinya, dan kenapa aku memilih untuk hanya mencintai dirinya, sehingga akhir hayatku? kenapa?"
"aku mencintai wanita, yang diriku tahu, sangat-sangat tahu, bahawa dia tidak akan pernah mencintai diriku, tapi kenapa, aku masih juga berharap agar dia mencintai diriku, agar suatu hari nanti, aku dan dia bisa bertemu? kenapa aku masih berharap, sedangkan aku tahu, semua ini hanyalah delusiku sahaja?"
"aku mencintai wanita, yang akalku tahu, sangat-sangat tahu, bahawa kemungkinan besar, aku tak akan pernah jumpa dirinya di dunia empirikal, tapi kenapa dan kenapa, aku sangat-sangat mencintai dirinya? kenapa aku tetap mencintai dirinya? kenapa hatiku masih juga mencintai dirinya? kenapa?"
"aku mencintai wanita, yang aku tahu, sangat-sangat tahu, semua ini hanyalah kebodohanku sahaja, tapi kenapa, dia memberi sesuatu ke dalam hatiku? kenapa dia boleh memberiku kegembiraan, walaupun aku hanya memandang dirinya dari jauh, sangat-sangat jauh? dan, kenapa cintaku ini boleh melemaskan diriku, andai semua ini adalah hasil kebodohanku?"
"aku mencintai seorang wanita, yang aku tahu, sangat-sangat tahu, bahawa semua ini hanyalah khayalan delusiku sahaja, untuk aku lari dari empirikalku. tapi, kenapa khayalan delusiku ini melahirkan perasaan real dalam hatiku? kenapa aku rasa, cinta yang ada di hatiku ini real, sangat-sangat real, sehinggakan aku dah lupa, bagaimana nak jatuh cinta lagi?"
"aku rasa, dah tiba masanya, aku sembunyikan cintaku ini. aku tak nak buang ia dari hatiku. aku tak nak lari dari hatiku sendiri. aku hanya perlu sembunyikan cintaku ini."
Ulasan
Catat Ulasan