-her-
katanya:
"suatu hari nanti, aku akan cari dia.", janji hatiku kepada akalku, kerna ada hutang, yang hati aku perlu bayar, kepada akalku. juga, ada hutang, yang akalku perlu bayar, kepada jiwaku...
"aku berjanji kepada akalku, suatu hari nanti, bila aku dah menjadi hebat, aku akan cari dirinya, dan aku akan berdiri di depannya, sebagai lelaki, bukan sebagai peminat."
"aku tahu, usaha atau tidak, hasilnya tetap sama, tapi... so what !!!"
"aku nak jadi bodoh, kerna itu, aku ikut hatiku, dan abaikan kerasionalan akalku. aku nak jadi bodoh, kerna ikut hati, berbanding akalku."
"aku dah puas ikut akal aku. dah tiba masanya, aku ikut hatiku, dan abaikan segala-galanya, yang ada di akalku; ideologi, falsafah, sains, politik, ekonomi, sosial, psikologi, fakta, maklumat."
"aku abaikan segalanya itu, kerna aku nak pilih hatiku, berbanding akal mindaku."
"...hanya kerna, aku nak cari dia..."
"aku tak kisah, ia angan-angan kosong atau tidak, kerna... aku pilih ia."
Ulasan
Catat Ulasan