-tentang sastera [98]-

03:58 am

katanya:

unrequited love selamatkan aku,
dari psikologiku sendiri.
dan, ia ubah perjalanan karya tulisanku.
unrequited love selamatkan aku,
dari aku sendiri,
walaupun ia juga, melemaskan jiwaku,
tapi... seperti yang pernah aku katakan,
aku rela merana kerna unrequited love,
berbanding aku merana kerna psikologiku.

katanya:

aku dah lama,
'hidup' di dunia delusi,
ilusi, maya, fantasi.
hinggakan, aku dah mula,
abai dunia empirikalku,
malah aku benci akan dunia empirikalku.
tapi aku coba juga hidup di dunia empirikal,
kerna tanpa ia, tiada juga dunia delusiku.

minta maaf,
kerna aku pilih dunia delusi,
ilusi, fantasi, maya
berbanding terlalu 'hidup',
di dunia empirikal.

katanya lagi:

dan...
hanya dia, yang boleh,
tarik aku keluar, dari dunia delusiku ini.
hanyalah dia, wanita yang hanya ada
sentiasa ada di mindaku...

suatu hari nanti,
aku akan pergi cari dirinya,
kerna hanya dia sahaja
yang boleh selamatkan aku
dari dunia delusiku ini.

aku simpan impian
untuk jumpa dirinya
suatu hari nanti...
dan, luah akan segalanya...
walaupun aku tahu,
sangat-sangat tahu
apa kesudahan kisahku ini...

(itu sahaja yang boleh aku lakukan
kerna, aku dah benar-benar cinta
akan dirinya...)

akhir katanya:

tapi, siapa dia? siapa wanita itu?

Ulasan

Catatan Popular