-malam-

02:35 am

katanya:

aku suka malam,
sangat-sangat suka,
kerna di malam hari,
terutamanya 1 pagi hingga 5 pagi,
persekitaranku sunyi,
sangat-sangat sunyi,
sama seperti sunyinya
hatiku.

sentiasa, setiap malamku
hatiku berbisik kepada dunia:

aku cinta dia,
sangat-sangat cinta, dan...
cinta ini menikam hatiku
setiap hari, setiap waktu
dan tikaman itu
buatku rasa sunyi, sepi
seksa, pedih...

apa yang mampu aku lakukan
hanyalah - 'pandang' sahaja hatiku
ketika ia dihancurkan oleh cinta
ditikam oleh cinta.

Ulasan

Catatan Popular