-cinta-

katanya

"cinta. semua manusia di sekelilingku berbicara mengenai cinta. semua manusia bangga akan cinta, yang mereka lalui. semua manusia tunjukkan cinta yang mereka lalui, ceritakan cinta yang mereka rasai, mengindahkan cinta dengan meluahkan cinta kepada dunia. aku cemburu akan mereka, sangat-sangat cemburu. kerna... aku pula, hanya lemas dalam lautan cinta delusiku sendiri, yang mungkin selama-lamanya, cinta delusi ini tak bisa aku empirikalkan ia. apa yang mampu aku lakukan hanyalah, berbicara mengenai cinta, kepada diriku sendiri sahaja.

semuanya salahku, kerna pilih, untuk tetap cinta akan dirinya, sehingga akhir hayatku, walaupun cintaku ini tak akan pernah sampai kepadanya.

cinta memang membodohkan diriku, benar-benar dah membodohkan aku.

tapi, aku rela dibodohkan oleh cinta, asalkan cinta yang ada di hatiku ini, kekal selama-lamanya.

aku pilih menjadi bodoh kerna cinta, asalkan aku mencintai dirinya, sehingga aku menutup mataku, buat yang terakhir kalinya."

Ulasan

Catatan Popular