-tentang sastera [87]-

01:30 am - 01:42 am

katanya

"aku pelajari sesuatu, setelah aku pilih untuk lemas di lautan emosi agar sasteraku berbunga, bahawa betapa sepinya, sedihnya, sunyinya, sayunya hati sang pengkarya, dalam menghasilkan karya...

bahawa betapa sayunya hati penulis puisi, dalam menyusun ayat indah...

bahawa betapa sepinya hati penulis lirik, dalam menghasilkan lirik...

bahawa betapa sunyinya hati komposer musik, dalam menghasilkan melodi...

sastera benar-benar alat terbaik, untuk luahkan perasaan di hati... tanpa perlu berbicara banyak."

Ulasan

Catatan Popular