-kosong-

06/06/2917

katanya
"aku mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan yang ada di jiwaku. aku mencari suatu perasaan untuk mengisi rasa kosong, yang ada di jiwaku. dari muzik, lirik, melodi, cinta, sastera, ideologi, idealism, falsafah, sains, drama, movie, anime, game, mengembara, politik, ekonomi, sosial, duit.... semuanya aku coba, semata-mata nak isi rasa kosong yang ada di hatiku, tapi... semuanya itu hanyalah bersifat sementara sahaja... kerna, kekosongan tetap datang menyapa hatiku.

aku rasa, aku nak ikut golongan sufi, untuk isi rasa kosong, yang ada di hatiku ini. aku dah puas rasa kosong. dan, aku dah puas isi ia dengan perasaan delusi. sekarang ini, aku nak cari seseorang untuk ajar aku, bagaimana nak isi rasa kosong, yang ada di hatiku ini.

tapi, sebelum aku jumpa seorang guru yang real untuk mengajarku, aku pilih untuk lemas di lautan cinta delusi maya, sebagai caraku mengisi rasa kosong yang ada di hatiku, buat sementara waktu."

"aku tak nak/tak akan cari cinta, selain cinta wanita itu..."

"aku tak nak rasa gembira kerna cinta perkahwinan, kecuali kerna wanita itu..."

"ini pilihanku."

"dan... aku nak cari Cinta bukan lagi cinta."

Ulasan

Catatan Popular