-tentang cinta 2 [14]-

02:01 am

katanya:

aku tahu
sangat-sangat tahu
cintaku ini mustahil
sangat-sangat mustahil
dan
ia bodoh
sangat-sangat bodoh...
tapi, apa dayaku
hati ini benar-benar
dah mencintai wanita itu...

dosakah aku
kerna mencintai dia?
dosakah aku
kerna hatiku mencintai dirinya?
dosakah aku
kerna aku tak boleh kawal hatiku?
dan, salahkah, kerna berharap cinta?
salahkah kerna aku mencintai dia?

aku tahu apa jawapannya ...
semuanya adalah 'ya'...

aku benci aku
kerna cinta akan wanita itu...
aku benci aku
kerna rindu akan wanita itu...
aku benci hati aku
kerna tidak sedar mencintai wanita itu...
aku benci aku
aku benci akan segala-galanya mengenai aku...

aku nak hilang
aku nak hilang dari dunia ini
aku nak hilang dari diriku sendiri...

aku benar-benar benci akan aku.

selepas ini
aku nak sibukkan zahirku
dan tak nak dengar kata hatiku lagi
agar aku tak dibodohkan lagi
oleh cinta.

selepas ini
aku nak sibukkan zahirku
aku nak berhenti mendengar kata hatiku
agar aku tak merana lagi
kerna kebodohan ku mencintai seseorang.

selepas ini
aku tak nak jatuh cinta lagi
aku tak nak merasai keindahan cinta
aku tak nak mencari cinta.

aku akan kunci hatiku
agar aku tak mencintai
sesiapa lagi.

Ulasan

Catatan Popular