-tentang sastera [103]-
2:24 am
katanya
pernah, inginku buang sastera dari hatiku, tapi aku tidak lakukan itu, kerna... bagaimana aku nak membuang sastera dari hidupku andai hanya itu sahaja yang aku tahu, walaupun sastera benar-benar, menambah lagi duka di hati yang telah lama luka kerna cinta, kerna realiti, kerna psikologi, kerna aku.
bagaimana aku nak buang sastera dari hidupku, andai hanya sastera sahaja teman terbaikku, yang sudi mendengar suara hatiku? bagaimana aku nak buang ia, andai itu suara diamku?
walaupun sastera, hanya menambah lagi duka ke hati, dan melemaskan lagi jiwaku, tapi... sastera sahaja, yang sudi menjadi temanku, yang sudi menemaniku ketika sepiku, sunyiku, piluku, sedihku, seorangku...
Ulasan
Catat Ulasan