-tentang cinta 2 [18]-

katanya
"aku rasa, aku nak tinggalkan semua ini. kerna... what is romantic love in islam? what is love in islam?"

"aku bercadang hendak berhenti menulis tentang dirimu, bukanlah bermaksud aku buang kamu dari hatiku, cumanya aku tak nak kerna mencintai dirimu, aku tersimpang jauh. aku juga tidak boleh kawal hatiku, untuk tidak mencintai dirimu. apa yang aku boleh kawal hanyalah sikapku, agar aku tidak terlalu dibutakan dek kerna aku mencintai dirimu."

"terima kasih, kerna mengubah arah sasteraku, walaupun ia tidaklah hebat, sehebat pencapaianmu di dunia empirikal. mungkin, selama-lamanya, dirimu hanya bisa ku pandang dari jauh, dan andai takdirku adalah berjumpa dirimu suatu hari nanti, mungkin di saat itu, kamu dah menjadi sebagai memori di minda dan hatiku. tinggi mana pun ego aku agar aku tak lagi jatuh cinta, itu semua terletak ke atas hati aku, kerna aku tak sepenuhnya mengawal hatiku, malah adakalanya ia jatuh cinta tanpa ku pinta. tapi, dirimu tetap aku anggap, sebagai wanita terakhir yang aku cintai."

"aku berdoa, kepada Sang Pencipta, agar dirimu diberi kegembiraan yang real, bukan bersifat ilusi, dan agar dirimu berjumpa dengan lelaki, yang akan menjagamu, dengan baik, sehingga akhir hayatmu."

"andai takdir kata kita bertemu suatu hari nanti, aku harap di waktu itu, dirimu gembira, mungkin bersama dengan lelaki yang dirimu cintai, sangat-sangat cintai. selepas ini, aku mungkin tak terlalu lagi ambil tahu akan dirimu, kerna aku nak latih diriku, agar tidak lagi dibutakan cinta kerna mencintai dirimu. tapi secara jujurnya, aku tak mencintai dirimu kerna nafsu, tapi aku benar-benar mencintai dirimu... aku tahu, mencintai dirimu umpama satu kesalahan, malah satu kebodohan. apa dayaku, hati ini telah mencintai dirimu."

"terima kasih, kerna ubah aku. terima kasih, kepada Sang Pencipta kerna memperkenalkan dirimu, untuk ubah aku, untuk jauhkan aku, daripada psikologi gelapku, mungkin untuk sementara waktu. tapi, walaupun ia sebentar, semua ini beri aku sesuatu, beri aku pengalaman hati."



kataku
"tinggal beberapa hari lagi, aku akan tamatkan cerita ini; cerita lelaki loser mencintai seorang wanita, di mana empirikal wanita itu sangat jauh dari dunia empirikal lelaki itu."

"lepas ni, nak tulis apa lagi?"

Ulasan

Catatan Popular