~akhirnya~

katanya:

Lama-kelamaan, semakin moden dunia
Semakin sama budaya 'bahasa' manusia
Semakin sama 'rasa' puisi yang dihasilkan
Oleh setiap bangsa di era moden ini...
Tidak ada lagi puisi yang tidak bebas nilai
'Segala-galanya' menjadi puisi yang bebas nilai;
Puisi yang difahami oleh semua bangsa
Kerna kemodenan telah mula menyebabkan
Cara pemikiran, juga cara berperasaan manusia
Menjadi serupa walaupun tidak sama.

Atau, mungkin pada awalnya lagi
Perasaan memang bebas nilai kecuali
Rasa puisi menjadi beza kerna
Pandangan alam yang berbeza...

Tapi, di kala ini, sepertinya puisi
Mempunyai perasaan yang sama
Iaitu, ia dihasilkan untuk lari dari realiti dunia.

Ulasan

Catatan Popular