You Are so Beautiful

(Bab 2)

Diedit pada: 11/08/2017

Bab 3.

Dia, aku dan Rikkie berjalan bersama, masing-masing ada kisah masing-masing, tapi yang pasti dan mungkin sama, adalah hasil kisah cerita, hasil pain yang dirasai, dan mungkin kisah cinta romantis loser bersama, kah kah kah, loser sial. Kalau dah tahu loser, tak kan nak stay tempat ini, persekitaran ini? Kalau kau bersemangat nak stay - sila, tapi, bagi aku, bagi manusia loser seperti aku, bagi manusia rosak seperti aku, aku malas nak berusaha, kerna loser tetap loser, kau ingat ini kisah drama, loser menjadi winner? Kau ingat ini kisah anime, loser menjadi watak utama? Indahnya impian.

Ini realiti, dan kau jangan nilai realitas atas (berdasarkan) anime, atas drama, atas movie, kerna dalam movie itu, adalah khayalan indah si pembuat movie, mungkin indah atas fantasi tapi, realiti hancur, kah kah kah, fantasi dijadikan nilaian realiti, akhirnya diri sendiri terlena di alam fantasi, melupakan kisah realiti pain. Sampai kapan?

Kau layan buku, kau dapat apa? Kau layan buku, kau tahu, so what? Kau tahu IMF, kau tahu kapitalis, so what? Kau tetap jadi hamba kapitalis kah kah kah... Kau tahu ideologi, akhirnya ideologi hancurkan kau, kau tahu kapitalis, akhirnya kau dihancurkan kapitalis, kerna, kau ingat kau watak utama dalam dunia ini, nak jadikan dunia indah tanpa hamba materialis berleluasa. Kah kah kah, harapan loser mereka yang tidak bisa hidup dalam kapitalis indah ini.

Manusia membaca buku, mungkin kerna anarki, mungkin kerna rasa kosong, mereka rasa sedih, jumpa pula buku, akhirnya jadi anarki kerna ideologi buku. Mereka katakan kapitalis bodoh, tapi, adakah ayat itu terhasil kerna mereka sendiri bodoh dalam kapitalis, kah kah kah. Kau tidak bisa hidup dalam kapitalis, jangan pula kau suruh manusia lain lari daripada kapitalis, kecuali kau jumpa spesies kau, maka kau bisa isi masa loser kau bersama, seperti aku, kah kah kah.

Yap, berusaha belajar muzik dari Rikkie. Aku sekadar lihat, kerna bagi aku, usaha itu sia-sia, kerna ia sia-sia apabila kau menganggap usaha itu bakal menggembirakan kau. Aku silap eh? Aku mungkin silap, tapi, kau harap apa, andai kata manusia rosak seperti aku berkata? Adakah kau nak dengar ayat hipokrit aku menaikkan semangat loser kau? Adakah kau nak dengar ayat indah romantis percintaan aku dan dia? Kah kah kah, aku malas, ini aku, bukan aku di dalam drama korea, aku dan drama kisah lain, kisah mengangkat tragedi sebagai pedoman hidup.

Dia belajar gitar, katanya, dia mahu bermain ala metal, ala-anarki, mungkin sesuai dijadikan band bersama anarki dan emo. Aku harap, di dalam hati, dia tidak bersemangat palsu, semangat yang senang nak hilang, seperti aku ini. Aku sekadar lihat, sama ada aku tafsir jahat atau baik, aku sekadar lihat, kerna, daripada dia melayan keindahan cinta, lebih baik dia melayan ke-pain-an muzik emo dan anarki.

Dia masih membaca buku. Buku anarki, buku ideologi, buku berfikir katanya, buku think outside the box katanya, kah kah kah. Buku yang dibaca oleh manusia loser di alam kapitalis. Buku si kaki loser kerna cinta ditolak, akhirnya mencari kawan baru, dan berjumpa buku, mendekati buku kerna sedih, akhirnya buku ideologi itu mengindahkan pemikiran kau, indah dengan ajaran pain. Sedih kerna cinta, jumpa buku, dan berharap menjadi hebat, agar wanita itu tersentuh, f**k, harapan bodoh kau untuk menyentuh hati wanita itu. Kalau dah kalah, kalahlah, kau ingat ini kisah anime, atau kisah drama!!? Ini kisah kau la bodoh, loser!!! Jangan samakan khayalan semangat hasil movie yang kau tonton dengan realitas kau.

Rosak tak hati dan minda aku? Kalau rosak, maka apa yang aku katakan, apa yang aku tuliskan, juga rosak, kerna semua hasil penglihatan dan pengalaman aku tafsir guna hati dan minda yang rosak ini, yang hancur ini.

Jadi, kau nak buat apa?

Kau nak bantu aku?
Get lost.

Kau tidak kisah?
Thanks.

Kau nak tafsir aku berdasarkan kisah hidup kau?
Silakan, kerna aku juga akan tafsir kisah kau berdasarkan hati aku, kah kah kah. S**t, aku gurau, aku tidak ada masa nak nilai hati manusia winner, buat apa aku nak nilai hati winner sedangkan aku ini  loser, kah kah kah.

Dia membaca dan terus membaca. Dia anggap baca itu bermanfaat, tapi, dia tidak sedar, baca itu bakal menyakitkan kau, kerna baca itu menyebabkan kau tahu dunia moden, dan moden itu hancurkan kau. Dia berkata sistem dengan bangganya, dia bercerita teori kontroversi dengan indahnya, dia berkata politik, sosial, ekonomi, sains... kah kah kah.... kau dapat apa tahu semua itu? CGPA kau menaik? Kah kah kah. Kau dapat capap depan awek? Loser!!!

Aku berkata itu depan dia, tapi, dia diam,sahaja, dan senyum dengan aku, senyuman loser harapan indah ingin gembirakan hati. Dia ingat aku tidak pandai hipokrit senyum, sedangkan lakonan senyum adalah kemahiran aku.

“Amad, kau jangan nilai manusia lain berdasarkan kisah kau.”

“Jadi, kau nak aku nilai manusia lain berdasarkan kisah siapa? Kisah loser kau?”

“Diam saja, dan perhati. Jangan kerna kisah loser kau, maka kau anggap semua manusia itu loser seperti kau.”

“Aku tak sangka kau cakap seperti itu......”

“Bukankah kau juga pernah tulis ayat itu.”

“Itu tulisan dulu, dan aku sekadar tulis, untuk sedapkan hati loser aku.”

“Kau tulis, dan akhirnya kau sendiri hancur hasil kerna tulisan kau..”

Aku sekadar diam.

Aku pernah jadi hamba buku, tapi aku abaikan buku itu, kerna, walaupun buku itu menyentuh hati aku, tapi, aku tetap lemas dengan ke-loser-an aku di realiti ini. Aku baca buku, kerna nak lari daripada realiti mahasiswa aku, aku baca buku, kerna nak gembirakan hati aku, tapi, selepas aku lalui seharian kisah aku, aku tetap rasa hilang semangat nak hidup.

Sejak bila aku ada semangat nak hidup? Aku dah lama hilang benda indah itu, mungkin dah hampir 5 tahun aku rasa seperti ini. Loser, useless, dan malas nak lalui hidup. Aku lagi prefer, berkurung di dalam bilik, dan berkurung bersama rasa pain hati aku. Pain kerna semua, yang malas aku nak fikirkan. Buat apa nak fikirkan, aku tidak dapat apa-apa pun... sekadar perasaan nak bunuh diri adalah.

Dalam anime Fruit Basker, seseorang itu berkata

“Sometimes, we need someone to accept us and love us first. Then, we would learn to see ourselves through that person’s eyes and learn to love ourselves.”

Kah kah kah, berapa ramai manusia yang terpengaruh dengan ayat indah itu. Ayat nak naikkan semangat nak hidup, kah kah kah. Itu anime, itu fantasi, dan kau bukan hidup di alam fantasi, tapi di alam realiti. Tapi, aku rasa, aku perlu sedapkan hati kau, agar kau tidak berputus asa untuk hidup, seperti aku.

“Cari lah si dia, carilah cinta, cinta yang bakal menyentuh hati kau. Cinta yang memberi kau semangat hidup, cinta yang kau ingat ketika membuka mata di siang hari, dan cinta yang kau ingat ketika kau nak tidur. Cinta yang menggembirakan ala drama korea, wanita yang senyumannya menyentuh hati, senyuman yang mencairkan hati kau ketika melihat dia senyum dan memandang diri kau. Cinta itu indah, kerna pain bisa hilang ketika mendengar suaranya, cinta itu indah, kerna hati rasa indah, ketika mata memandang wajahnya. Cinta itu indah, kerna mulut bisa tersenyum, di kala hati merasai pain kesakitan realiti ini. Cinta mengajar untuk berusaha, cinta mengajar untuk melihat dunia ini dengan penuh senyuman, dan kau gembira ketika kau dan dia berpegangan tangan, dan menganggap bahagia itu milik kau........

Dan semua itu adalah s**t... kah kah kah....”

Ini kisah kau mungkin, dan mungkin kisah aku, dan mungkin kisah hasil rekaan minda rosak aku, dan mungkin kisah tafsiran minda dan hati kau. Tapi, yang pasti, kau dan aku lain, rasa pain tafsir lain, rasa cinta tafsir lain, yang pasti aku tahu, minda dan hati aku rosak, oleh itu, stop dengar apa yang aku kata, stop baca apa aku tulis. Dan stop, tafsir kisah aku, tulisan aku, menjadi kisah baik, menjadi kisah buruk, menjadi kisah naikkan semangat, menjadi kisah jatuhkan semangat... kau dan aku lain, kisah aku lain, dan jangan samakan kisah kau dan aku sama, kerna aku hanya satu di dalam cerita aku... dalam cerita aku, kau tiada, hanya aku sahaja yang ada dalam kisah ini, jangan samakan... rasa(perasaan) mungkin sama, tapi, kisah tafsiran lain.

“Cinta itu shit. Cinta itu dah lama hilang di kala zaman consumerism berleluasa. Cinta itu dah lama pupus di kala materialis menjadi idola si pencinta. Kau mencari cinta moden, maka kau perlu jadi peminat material agar bisa membeli hati. Cinta itu indah, maka kau belilah cinta, beli berapa ramai yang kau suka, akhirnya bukan keindahan yang kau pelajari, tapi pain yang seronok dilayan bersama dengan lagu semangat rendah, dan kau menjadi loser. Itupun kalau kau dapat merasai cinta. Kalau kau tidak bisa merasai cinta kerna kau hancur di realitas kapitalis, maka carilah duit banyak-banyak. Kah kah kah.....Ataupun kalau kau tidak bisa dan tidak mahu melayan cinta realitas, maka kau bisa melayan cinta khayalan drama, agar kau merasai cinta sebenar, cinta ala loser. Sampai bila kau nak stay seperti itu, adakah kau mahu stay seperti itu, atau kau mahu jadi anarki, pain, dan – atau apa-apa selain loser kerna khayalan drama?”

Cuma perlu ingat, Friedrich Nietzsche yang popular dengan ayat ‘god is dead’ pernah berkata, bahawa

'He who fights with monsters might take care lest he thereby become a monster. And if you gaze for long into an abyss, the abyss gazes also into you.'

Ulasan

Catatan Popular