You Are so Beautiful

(Bab 1)

Digubah pada:11/08/2017

Bab 2.

Dia bernama Rikkie.

Wanita itu, selepas aku memerhati dan melihat keadaan, akhirnya aku sedari, bahawa semuanya aku tafsir  berdasarkan pengalaman aku seorang sahaja. Tapi, aku tidak kisah, kerna, sejak bila hati aku yang teruk ini kisah akan kehidupan manusia lain, hipokritlah andai aku nak sedapkan hati mereka.

Dalam beberapa bulan, aku dan Rikkie duduk di persekitaran ini, bersama melihat perkembangan percintaan ilusi wanita dan lelaki itu. Rikkie menyanyi, dan aku sekadar diam, berjalan, kerna aku sendiri tidak terlalu pandai bermain muzik. Malam, aku dan Rikkie ke kelab, melepaskan kekosongan hidup, walaupun aku dan dia tahu, semua itu adalah kegembiraan ilusi yang diisi di dalam hati kami, tapi, aa.. apa lagi nak aku dan dia lakukan untuk hidup cara normal?

Aku dah lama rosak, kerosakan tidak bisa bersama normal, kerna rosak dan normal itu 180 darjah berbeza, dan beza itu juga tidak bisa ada dalam society, kerna beza boleh jatuhkan kau oleh mereka, atas pendapat normal mereka, dan kau akan memilih untuk berseorangan ditemani fantasi, tapi, jangan terlena dalam fantasi, kerna takut, diri lupa akan beza fantasi dan realiti, dan akhirnya kau dianggap gila.

Akhirnya kisah terjadi, kisah sedih bagi dia, tapi bagi aku dan Rikkie, kisah itu telah lama kami ending-kan, mungkin berdasarkan pemerhatian dan pengalaman kisah loser dahulu, kisah aku dan romantis indah ilusi khayalan fantasi yang menggembirakan dan menghancurkan hati yang merasai hasilnya. Ketika aku melihat wanita cantik itu, aku hanya ketawa, kerna dia kini bersama lelaki lain, lagi handsome, lagi kaya, lagi berguna dari lelaki dia yang pertama itu.

Lelaki pertama itu melihat dari belakang, wanita itu memandang belakang, dia senyum, wanita itu buat muka shit, muka sesuai untuk lelaki loser, muka shit yang aku lihat ketika aku dipandang loser hasil percintaan 'indah' yang mereka katakan. Lelaki itu senyum, hmmmm..... senyum itu sekadar nak sedapkan hati, tapi minda aku yang rosak ini menilai bahawa senyuman itu adalah senyuman loser, senyuman loser yang ingin menerima pain dan meneruskan kehidupan mengulangi cycle percintaan moden bodoh kawalan duit dunia IMF.

Lelaki itu jalan arah kami. Dia pandang aku, dan 

“Bodoh punya hati”, ayat itu aku dengar lelaki itu ucapkan.

“Ayat loser...”, aku sambung.

Lelaki itu pandang aku tajam.

“Kenapa?”, aku katakan, lawan pandangan loser itu, kah kah kah.

Dia diam.

“Aku dah pernah katakan, bahawa cinta itu tidak ada lagi dalam era kapitalis tercinta ini. Tapi, kau tidak mahu dengar. Sedap tak rasa pain tu? Setiap manusia harus rasai pain itu, agar mereka sedar, bahawa cinta itu hanya kegembiraan ilusi, kegembiraan untuk melupakan kebenaran dunia realitas moden hasil falsafah materialis”, kataku sinis.

“F**k!”, ayat itu dia keluarkan.

“So, macam mana?”, soalku.

“Aku nak balik rumah, bercinta dengan buku lagi bagus daripada bercinta dengan seorang perempuan.”

“Alasan bodoh. Kau dapat apa baca buku?”

“Ilmu.”

“Kau dapat apa, kalau kau tahu ilmu tu?”

“Kepuasan..”

“Kepuasan? Kau buat lawak eh? Hmmmm..  atau kepuasan itu adalah kepuasan seorang lelaki loser?”

“Jadi apa yang perlu aku lakukan.”

“Stop baca buku, kau dapat apa baca buku? Kau dapat apa andai kau tahu apa itu kapitalism, apa itu secularism, demokrasi, sosialis, kau dapat apa kalau kau tahu benda bodoh tu? Nak tunjukkan kau punya ilmu depan awek? Kah kah kah ..F**k lah.”

“Kau dan aku lain.”

“Aku tahu itu, tapi, sampai bila kau nak jadi hamba ilmu? Kau baca tapi hati kau sengsara. Menuntut ilmu itu bagus, tapi, adakah kau bahagia tahu semua ideologi indah itu, ideologi anutan manusia moden untuk menggapai kebahagiaan hakiki. Kah kah kah.”

“Kau rosak Mad...”

“Ya, aku rosak. Tapi, aku terima itu, aku terima aku rosak. Aku tanya kau, kau tidak rosak, adakah kau bahagia sekarang? Bahagia membaca buku banyak, akhirnya lemas di alam realiti sendiri, kah kah kah."

“Kau diam lah....!”

...

Dunia moden, dunia materialis indah manusia, makna kejayaan adalah how much your money, dan kau boleh beli cinta wanita lawa. Cinta mereka kata indah, aku kata indah kerna aku senang sahaja beli hati wanita, dengan materialis duit. Wanita itu kata dia cari cinta bahagia, tapi, hipokrit sial, cinta kawalan duit, aku senang sahaja beli hati mereka, tapi masalahnya itu bukan aku, kerna yang beli cinta wanita itu bukannya aku, tapi aku yang di-loser-kan oleh duit yang membeli hati pujaan romantis hati bodoh aku. Aku belajar daripada pengalaman, cinta romantis bodoh menyedihkan hati, dan hati aku tertutup, selama-lamanya.

Ya, ada wanita datang, tapi,  kisah sama juga berulang, malah lagi pedih dan menyeronokkan hati melayan pain. Loser sial. Kelemahan aku. Aku pula tafsirkan untuk kisah lelaki itu, seperti kisah mereka sama dengan kisah aku, tapi, apa lagi seorang yang rosak akan lakukan, apabila nampak kisah sama berlaku di dalam realiti manusia lain?

“Kau nak join aku? Kita buat band dan tunjukkan anarki kau. Aku tahu kau anarki, tapi kau pendamkan kerna kau merasai keindahan cinta, dan akhirnya cinta itu ajar kau untuk terima kau yang sebenarnya. Sedih berubah anarki, dan kau akan pandang cinta itu daripada mata seorang anarki loser... Sama seperti aku. Kah kah kah ...”

“Tak nak.....”

“Jom, kita buat band. Kita merantau, tapi aku tidak paksa, cuma... sampai bila kau nak seperti ini. Aku tidak janji kita akan berjaya dan bahagia, sebab sejak bila loser seperti aku bisa berjaya, tapi, kau nak jalani kehidupan lain? Sampai bila kau nak membaca dan menyeksa minda kau?”

“Kau tidak membaca, sebab itu kau tidak tahu...”

“Hmmmmmm, aku membaca, sebab itu aku tahu kau macam mana.”

“kau tidak tahu semuanya.”

“Ya, hanya kau sahaja tahu kisah kau, sebab itu, aku ajak kau agar kau fikir, kisah apa yang kau dapat dengan membca buku ideologi, buku falsafah? Sampah sahaja... kau tidak dapat ubah apa-apa pun, loser tetap loser, baca atau tidak, loser rasa seksa dahulu. Sebab itu jom kita merantau, dan belajar merasai keindahan pain, dan keindahan itu kita sebarkan melalui muzik...”

“Aku tidak pandai bermain muzik....”

“Aku pun tidak pandai, dan jangan anggap muzik itu sama dengan muzik loser yang kita dengar setiap hari, muzik hipokrit naikkan semangat, sial semua itu. Aku nak kau reka muzik berdasarkan kisah kau dan kisah itu kau perlu rasai sendiri, tanpa perlu fikir manusia faham, kerna mana ada manusia nak faham kisah manusia loser. Muzik yang kita nak reka, mungkin kita tidak dengar, kita tidak main, tapi, aku nak kau sendiri dengar, tanpa perlu terlalu sebarkan kisah itu.”

“Tapi, bukankah kau nak sebarkan muzik itu...?”

“Ya, tapi bukan sebar ala kapitalis, tapi ala underground. Dan kau juga tidak perlu belajar muzik, sekadar tulis mungkin cukup....mungkin, tapi, jangan harap kegembiraan akan kau capai dengan cara ini.”

“So, apa guna aku join kau...?”

“Untuk tambah kisah aku dan kau...”

“Loser sial...”

“Tau tak pa..kah kah kah.”

...

Ini kisah loser, seperti aku. Kisah aku seorang atau mungkin ramai. Ilusi atau tidak, tapi ilusi itu tidak lagi ilusi kerna aku jalankan kisah itu, sekadar pain yang mungkin berkelana, tanpa harapan kegembiraan , tapi hati aku penat melayan kisah loser aku hasil bacaan buku, bajet berfaedah, tapi menghancurkan aku(duit aku habis, macam sial). Buku good bye, semua good bye, ini kisah aku, kisah loser aku yang tidak ada manusia faham, kerna manusia faham kisah manusia lain, berdasarkan tafsiran daripada kehidupan dan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

Cinta itu indah, tapi lagi indah andai kata pain dirasai, kerna pain itu ada kalanya berasal daripada cinta... buat apa nak rasai cinta andai kata akhirnya pain juga dirasai.. lebih baik merasa terus pain percintaan, kah kah kah.

Ulasan

Catatan Popular