~akhirnya~

katanya:

Apabila jiwa kepenatan
Akan segala-galanya
Hati teringin sangat
Agar badan didakap
Oleh wanita yang dicintai
Tapi ternyata
Hati juga kepenatan
Kerna cinta Unrequited.

Aku ingin
Didakap oleh kamu
Agar jiwaku
Kembali hidup
Melawan nasib
Malangku...
Tapi, aku di sini
Seperti biasa,
Bersendirian, kesunyian,
Kekosongan
Memerhati rembulan
Sambil mendengar
Lagu kesedihan...

Aku ingin kamu ada di sisiku
Di kala aku hancur ditelan realitiku
Tapi ternyata, kamu juga
Sebahagian dari realitiku
Yang menghancurkan
Aku.

Aku benar-benar
Nak kamu mendakapku
Agar aku kembali hidup
Tapi ternyata, semua itu
Sekadar ilusiku...

Akhirnya, di kala ini
Aku dah tidak lagi percaya
Bahawa cinta bisa selamatkan aku.
Kerna itu, aku pilih hendak
Hidup bersendirian
Tanpa cinta romantika
Selama-lamanya.

Andai, hatiku nak merasai cinta
Biarlah aku melayan ia
Melalui alam parasocial interaction
Sahaja, bukan di alam empirikal realiti....
Itu dah cukup bagiku...
Malah, hatiku dah biasa merana
Hanya kerna Unrequited Love.

Aku dah biasa, hidup seperti manusia loser.

Ulasan

Catatan Popular