~realitinya~
[This story is a bit dark.,]
katanya:
Bagaikan sang rama-rama
Yang hilang enthusiasm nya
Untuk terbang mencari bahagia.
Rama-rama itu hanya pilih
Meneruskan hidup sebagai ulat bulu
Selama-lamanya.
Dia tak nak hidup sebagai rama-rama
Kerna dia anggap dia tidak mempunyai sayap
Seperti mana rama-rama yang lain.
Dia anggap dirinya tidak layak
Menjadi rama-rama, terbang jauh.
Dia melihat rama-rama yang lain
Terbang indah di atmosfera dunia.
Dia pula, hanya memerhati semua itu.
Dia nak terbang, tapi psikologinya
Selalu memberitahu dirinya bahawa
Dia tidak mempunyai sayap seperti itu
Yang bisa terbang dan menyentuh hati
Sesiapa yang melihatnya.
Untuk sedapkan hatinya sendiri
Dia berkata kepada dirinya sendiri
'Kenapa aku perlu
Ikut rama-rama yang lain,
Kenapa aku perlu terbang seperti mereka?
Adakah hidup seperti ulat
Tidak bisa kecapi bahagia?
Adakah seekor rama-rama
Yang memilih cara hidup
Seperti ulat tidak bisa hidup bahagia?'
...
Bodoh rama-rama itu...
Dia bodoh bukan kerna
Dia tidak mahu menggunakan sayapnya
Untuk terbang ke langit luas
Mencari sebuah bahagia idaman rama-rama
Tapi, dia bodoh kerna dia tidak sedar
Bahawa dia bukan rama-rama
Dia sebenarnya sekadar ulat
Yang berdelusi bahawa dia
Adalah seekor rama-rama.
Dia spesies ulat yang selama-lamanya
Tak akan pernah menjadi rama-rama.
Dia tidak sedar akan itu
Kerna dia anggap dia seperti rama-rama lain
Yang bisa terbang ke langit luas
Menghayati keindahan bunga dan pujian.
Dia bodoh, sangat bodoh.
Dia perlu sedar, dirinya ulat, bukan rama-rama.
Dia perlu sedar, bukan dia membuat pilihan
Hendak hidup cara sang ulat atau tidak, tapi
Sebenarnya, cara hidup ulat adalah nasibnya,
Bukan pilihannya...
Dia langsung tidak mempunyai pilihan
Untuk hidup cara sang rama-rama
Kecuali dalam khayalannya sendiri.
Indah hidup sang ulat,
Kerna dia ada khayalan real
Untuk menjadi seperti rama-rama
Walaupun dia selama-lamanya
Tak akan pernah menjadi sang rama-rama.
Indah hidup sang ulat
Kerna dia anggap dia sang rama-rama.
Indah hidup sang ulat
Kerna dia anggap dia bisa hidup seperti rama-rama.
Ternyata, terbuktilah,
Dalam hidup ini
Kita perlukan delusi,
Untuk merasai kebahagian,
Agar bisa melupakan sementara
Akan realiti hidup...
Kita perlukan delusi untuk bahagia;
Delusi fantasi, delusi maya, delusi realiti,
Delusi empirikal...
Spotlight effect.
Ulasan
Catat Ulasan