~senyumannya~

katanya:

Bukan semua tangisan itu
Kelihatan seperti tangisan
Ada insan menangis
Melalui senyumannya.

Bukan semua kesepian itu
Adalah bersendirian
Ada insan kesepian
Walau dia di khayalak.

Bukan semua kesunyian itu
Adalah bersendirian
Ada insan yang kesunyian
Walau dia ada segala-galanya.

Bukan semua kekosongan itu
Adalah tidak mempunyai apa-apa
Ada insan yang ada segalanya
Tapi tetap rasa kekosongan.

Bukan semua kehidupan itu
Adalah bahagia semata-mata
Ada insan yang belajar gembira
Walau psikologinya membunuhnya.

Bukan semua ketawa itu
Adalah keriangan hatinya
Ada insan yang sembunyi duka
Dalam tawa riangnya.

Bukan semua khayalannya itu
Adalah caranya bersuka ria
Ada insan yang hanya dalam khayalannya
Dia merasai kegembiraan.

Bukan semua kesedihan itu
Dalam luahan mulutnya
Ada kesedihan yang dia sembunyikan
Dalam lagu-lagu kegemarannya.

Bukan semua minatnya itu
Adalah caranya mencari kehidupan
Ada insan yang gunakan minatnya
Untuk lari dari dirinya sendiri.

Bukan semua ilusi
Memberi kesedihan
Ada insan yang hanya ada ilusi
Untuk dirinya hidup bahagia.

Bukan semua tulisannya itu
Adalah hasil ilusinya sahaja
Ada yang real, sangat-sangat real
Dalam tulisan fantasinya itu.

Ulasan

Catatan Popular