~andai boleh~

katanya:

Andailah boleh
Inginku berkurung di ruang kecilku
Hanya berteman dengan dunia maya...
Andailah boleh
Inginku pupuskan kewujudanku di empirikal
Dan biarlah aku bersendirian di dunia maya
Menjadi useless observer...

Andailah boleh
Aku nak selama-lamanya
Hanya menjadi useless observer...
Andailah boleh
Aku tak nak kejar dunia empirikal,
Aku dah malas nak hidup di situ...

Andailah boleh
Aku nak hanya hidup seperti
Useless observer
[Aku nak berkurung di dunia kecilku;
  Di ruang kecilku, sambil melayan dunia maya
  Memerhati personaliti sesiapa
  Yang kewujudannya menyentuh hatiku.]

Asalkan aku tak susahkan sesiapa;
Dan, aku ada duit agar aku bisa buat itu
Tanpa menyusahkan sesiapapun
Di dunia empirikalku; realitiku.

Kenapa nak kejar dunia empirikal?
Hatiku tetap kosong andai aku kejar ia.
Hatiku tetap kosong akhirnya ...
Rasa kosongnya sama seperti rasa kosong
Hasil kerna dunia maya...
Tapi, aku pilih dunia maya, berbanding dunia realiti...
[Walaupun dua-duanya dunia itu sama;
  Pengakhirannya tetaplah kekosongan.]

Walaupun pengakhirannya adalah sama
Aku  prefer dunia maya...

Aku prefer dunia maya berbanding realitiku
Walaupun aku di situ sekadar
Useless observer.

Ulasan

Catatan Popular