~dunia maya~

katanya:

Dunia maya
Adalah tempat segolongan manusia
Menghilangkan dirinya sendiri
Dari keserabutan dunia realiti.
Kerna itu, di dunia maya
Pelbagai karya ditontonkan;
Drama, movie, anime, lagu, music video
Game, puisi, lukisan, variety show, etc...

Dunia maya memberi kegembiraan
Yang dunia realiti tidak bisa beri
Walaupun ada yang katakan
Kegembiraan itu hanyalah
Bersifat delusi yang ilusi belaka.

Bagi segolongan manusia itu
Yang habiskan masanya dalam dunia maya
Mereka tetap anggap
Kegembiraan di dunia empirikal juga sama
Dengan kegembiraan di dunia maya...;
Ia sama-sama kegembiraan
Yang bersifat ilusi belaka juga...

Wahai manusia
Yang psikologinya hebat,
Kau nak expect apa
Dari manusia yang dihancurkan
Oleh psikologi gelapnya sendiri?

Ulasan

Catatan Popular