~
katanya:
Tahu tak, apa perkara yang menyedihkan di dunia ini...
Apabila hidup menghancurkan jiwa,
Tapi mulut sentiasa senyap, dan senyum
Kerna tiada sesiapa yang mahu mendengar.
Rasanya seksa, bagaikan aku bercakap dengan aku...
Aku yang hancur, bercakap dengan aku
Berharap luahan merananya jiwaku
Bisa aku sendiri dengarinya
Tapi, ternyata umpamanya aku
Bercakap kepada dinding.
Air mata ini jatuh
Kerna duka di hati
Tidak bisa diceritakan
Kepada sesiapa...
Akhirnya, hanya gunakan alasan bahawa
'Aku luah kepada Sang Pencipta.'
Alasan untuk sedapkan hatiku
Yang rosak ini.
Aku nak berubah.
Ulasan
Catat Ulasan