~sebuah kehidupan~

Dia itu takut kegagalan
Kerna dia takut
Semakin banyak dia gagal
Semakin dia benci
Akan dirinya sendiri
Dan, semakin mahu dia
Lari dari dirinya sendiri.

Dia takut kegagalan
Kerna psikologinya berbeza
Dari manusia lain...
Dia takut kegagalan
Kerna dia takut
Pandangannya
Mengenai kehidupannya
Bertambah rosak.

Dia dah lelah
Kerna dia selalu
Benci akan dirinya
Sangat-sangat benci.

Di dunia ini,
Perkara yang dia
Paling benci adalah
Dirinya sendiri.

Dia takut kegagalan
Kerna dia tidak mahu lagi
Benci akan dirinya.

Dia nak belajar
Cinta akan dirinya.

Wahai, Sang Pencipta
Aku berdoa kepada-Mu
Agar Dikau membantu dia.

Ulasan

Catatan Popular