~era moden~

katanya:

Era ini moden
Kerna adanya tiga dunia
Alam realiti, alam fantasi,
Dan alam maya.

Era ini moden
Kerna mereka yang
Dipanah depression
Bisa mencari penawar
Dalam dunia maya
Parasocial Interaction
Walaupun akhirnya
Depresi tetap tak akan
Pernah hilang.

Era ini moden
Kerna alam fantasi
Bisa diempirikalkan
Di alam maya
Walaupun delusi
Hasil dunia maya
Tidak bisa diempirikalkan
Di alam realiti
Tapi, erti 'realiti'
Di alam maya
Lebih real berbanding
Erti 'realiti'
Di alam fantasi
Kerna, 'realiti'
Di alam maya
Bisa dilihat, dan
Bernyawa.

Era ini moden
Kerna adanya
Alam realiti
Dan alam maya.
Beza dunia realiti
Dan dunia maya
Hanyalah jarak.
Persamaannya pula
Adalah perasaan
Yang lahir hasil
Dunia empirikal
Dan dunia maya
Adalah sama.
Misalnya, perasaan cinta
Yang lahir hasil
Dunia maya adalah sama
Dengan perasaan cinta
Yang lahir hasil cinta
Di dunia empirikal.
Juga,
Merana kerna cinta
Hasil parasocial interaction
Adalah sama peritnya
Dengan hasil cinta
Hasil unrequited love
Di alam empirikal.

Era ini era moden.

Ulasan

Catatan Popular