~virtual reality~
katanya:
Hanya ilusi
Tempat ku berlari
Dari segala-galanya
Termasuk lari dari
Aku; diriku.
Hanya delusi
Tempat ku bergembira
Walaupun, akhirnya
Aku akan lemas
Hasil delusi.
Hanya dunia ilusi
Tempat aku bersembunyi
Dari segala-galanya
Termasuk aku
Walaupun akhirnya
Aku merana, kerna
Mindaku, dan hatiku sedar
Bahawa segala-galanya itu
Sekadar kegembiraan delusi.
Dunia ilusi
Yang delusi indah
Sangat indah
Kerna bisa aku lupa
Sementara akan aku;
Akan realitiku.
Walau merana jiwaku ini
Hasil degilnya aku
Memilih delusi berbanding
Dunia realiti...
Tapi, bagiku
Lebih baik aku
Tumpukan delusi,
Kerna hanya di situ
Tempat aku hidup
Dan bergembira.
Aku ada dua dunia
Dunia realiti, dan
Dunia maya.
Majoriti masaku habis
Di dunia maya.
Aku hidup di realiti
Sekadar untuk hidup
Agar bisaku masuk
Ke dunia maya.
Aku ada dua dunia;
Realiti dan maya.
Hanya alam maya
Tempat jiwaku hidup
Dan alam realiti hanyalah
Tempat zahirku hidup
Walaupun, aku tahu
Sangat-sangat tahu,
Ia delusi, tapi
Apa dayaku
Aku dah malas
Nak berusaha dan
Berharap untuk berubah...
Aku dah malas
Nak berubah
Mencari bahagia real
Di dunia realiti
Aku dah give up.
Lebih baik
Aku tumpukan
Dunia maya...
Kerna hanya
Di alam itu sahaja
Bisa aku rasa
Akan erti kegembiraan.
Lantaklah,
Andai ia delusi
Kerna bagiku
Yang telah lama
Ditikam pisau depresi
Segala-galanya tetap delusi
Walau di alam realiti.
Daripada aku nak
Fikir akan akibat
Dunia maya
Lebih baik aku terima ia
Kerna, depresi ku tetap menang
Dalam mempengaruhi dunia ku.
Aku dah malas nak lawan ia.
Dunia moden ini indah
Bukan kerna realiti
Tapi kerna adanya
Dunia maya.
Hanya dunia maya
Tempatku berkurung
Dari segala-galanya.
Hanya di dunia maya
Aku bisa tahu, banyak benda
Tanpa perlu aku dikenali.
Hanya di dunia maya
Bisaku menjadi, real shadow
Tanpa perlu aku
Lakonkan persona-ku.
Hanya di dunia maya
Aku boleh jadi
Diri aku sendiri.
Aku suka dunia maya
Kerna di alam itu
Tiada sesiapa kenal aku
Tak akan ada
Yang akan kenal aku.
Aku suka tinggal
Di alam itu
Kerna, aku bisa
Menjadi sekadar
Useless Observer
Dan, bisa ku gelak
Bersendirian
Memerhati gelagat
Manusia
[Variety Show, VLIVE, etc].
Aku abaikan
Impianku
Dan masuk
Ke alam itu.
Buat apa
Nak kejar impian
Andai enthusiasm hidup
Telah lama pudar
Ditelan
Disorder depression.
Aku pilih
habiskan hidupku
Di dunia maya.
Aku pilih berhenti
Terlalu hidup
Di realiti.
Loser mana pun aku
Sampah mana pun aku
Dinilai homo sapiens
Aku tetap pilih
Alam maya berbanding
Alam empirikal.
Aku dah malas
Nak hidup di realiti.
Juga, aku nak hilang
Dari dunia empirikal.
Dan, caraku hilang
Adalah masuk
Ke alam maya.
Caraku lari
Dari aku
Adalah dengan
Masuk ke alam
Virtual reality.
Dunia moden indah
Bukan kerna aku berjaya
Dalam kapitalisme
Juga bukan kerna
Aku berjaya dalam
Struggle for recognition
Tapi kerna, adanya
Alam maya...
Alam maya yang bisa
Aku jadikan tempatku
Lari dari diriku;aku...
Di dunia maya
Aku menjadi pemerhati
Kepada mereka yang
Berjaya dalam kapitalisme
Dan berjaya dalam
Struggle for recognition [idol].
Era moden ini indah
Kerna dunia maya
Bisa membantu manusia
Untuk berjaya dalam kapitalisme
Dan juga berjaya dalam
Struggle for recognition...
Tapi,
Bukan semua manusia
Bisa jadi seperti itu.
Kerna, ada yang hanya bisa
Menjadi Useless Observer
Dalam alam itu...
Ayat mudahnya adalah
'Golongan loser
Yang ingin lari dari realiti
Masuk ke alam maya
Menjadi pemerhati
Di alam itu...'.;
Seperti aku.
Ulasan
Catat Ulasan