~hidupku~
katanya:
Perkara yang paling susah adalah
Apabila jiwa nak keluar dari lembah
Kegelapan psikologi depresi tapi,
Diri dah tidak tahu nak buat apa lagi.
Perkara yang paling menyeksakan adalah
Apabila hati dah mula belajar
Bagaimana nak rasa gembira merasai
Nikmat kegelapan psikologi depression.
Perkara yang paling perit adalah
Apabila hati sedar bahawa
Cinta bukanlah penawar
Depression.
Perkara yang paling menghairankan adalah
Apabila jiwa tetap merasai kesedihan
Walaupun lagu yang didengari
Adalah lagu motivasi.
Perkara yang menyentuh hati adalah
Apabila hati mula menerima
Bahawa selama-lamanya
Tidak akan ada penawar depression.
Perkara yang memeritkan adalah
Apabila hati menerima nasibnya
Bahawa selama-lamanya dia akan berteman
Dengan kesayuan, kesedihan, Kesepian, kesunyian.
Perkara yang menyedihkan adalah
Apabila diri tidak tahu nak buat apa lagi
Di kala depresi menyerang membunuh jiwa
Dan menghancurkan tafsiran sebuah kehidupan.
Perkara yang membuat jiwa merasa sayu adalah
Apabila realiti hancur sehancur-hancurnya
Tapi, hati dah tidak merasai apa-apa lagi
Kerna hati dah give up akan segala-galanya.
Perkara yang membuatkan air mata jatuh adalah
Apabila impian dan harapan diabaikan
Kerna hati sedar bahawa impiannya
Hanyalah sekadar angan-angan.
Perkara yang membuatkan jiwa merasa sedih adalah
Apabila hati dah mula give up
Mencari erti kegembiraan real dan akhirnya hati pilih
Hanya hidup berteman kekosongan jiwa
Tanpa impian, tanpa harapan.
Mungkin sehingga aku mati
Aku akan seperti ini.
Ulasan
Catat Ulasan