~
Sebelum dia terkenal
Dia dah lama, sangat-sangat lama
Merasai kekosongan, loneliness...
Dan, kekosongan itu
Menyebabkan dia mudah
Untuk menenggelamkan dirinya
Dalam sesuatu yang dia minati
Kerna melalui sesuatu itulah
Cara dia ungkapkan kekosongannya
Secara tersurat mahupun tersirat
Dan akhirnya, sesuatu itulah
Yang menjadikan dia popular...
Dia tak nak keluarganya merana
Kerna kebodohannya abaikan dunia
Dia pun mencari harta, kerna harta
Bisa menggembirakan keluarganya...
Dia dah lama nak hilangkan dirinya
Dari dunia ini, dari alam realiti ini...
Dia dah lama nak abaikan dunia ini...
Tapi, dia tak nak menyusahkan manusia lain
Kerna itu dia mencari harta dunia...
Sebelum dia dikenali manusia ramai
Dia dah lama merasai kekosongan
Dan, dia dah lama tahu bahawa
Kekosongan yang ada di hatinya
Tak akan bisa hilang walaupun dia
Ada harta, material, populariti...
Dia dah lama tahu itu...
Akan tetapi, pada dirinya
Lebih indah andai dia ada semua itu
Daripada dia tidak mempunyai apa-apa
Walaupun dia tetap merana kerna kekosongan.
Tapi, ada satu yang benar-benar dia abaikan
Ketika dia ada semuanya, atau ketika dia
Tiada apa-apa di dunia ini [harta, populariti]
Iaitu dia abaikan cinta romantika.
Dia tak nak cinta romantika...
Sebelum dia ada segala-galanya
Dia dah lama merasai kekosongan
Malah, dia tahu, andai dia ada
Segala-galanya yang diimpikan oleh
Ramai spesies majoriti manusia
Dia tetap rasai akan kekosongan ...
Tapi, mana lebih baik
Kau rasa kosong tapi kau ada harta
Atau kau rasa kosong dan kau tiada harta?
Lebih baik kau ada harta walaupun
Kau tetap rasa kosong
Kerna harta bisa menggembirakan
Manusia sekeliling kau.
Kerna itu, ada kalanya ayat ini tidak sesuai
Untuk digenerasasikan kepada semua manusia
'Kenapa nak kejar harta, populariti, kerna
Semua itu tidak menjamin kebahagian.'
Dia dah lama tahu, bahawa semua itu
Tidak bisa memberi dirinya kebahagian
Dia dah lama tahu itu...
Tapi, dia tetap cari itu kerna
Dia nak manusia sekelilingnya gembira...
Harta itu bisa menggembirakan manusia
Yang ada disekelilingnya, terutamanya
Keluarganya ...
Dan, ada juga sekelompok manusia
Yang tidak mencari populariti
[Tidak join struggle for recognition]
Tapi, popularitilah yang mencari dia
Kerna dia ada sesuatu yang menyentuh
Hati masyarakat, seperti lagu, sastera, seni.
Dia tidak mencari harta dunia material
Tapi, harta material-lah yang mencari dia
Kerna dia ada sesuatu yang memberi
Nilai estetika kepada masyarakat dunia.
Dia tetap rasa kosong, awalnya, juga akhirnya
Tapi, ia lebih indah, kerna dia ada apa
Yang ramai-majoriti manusia impikan
Seperti harta, minat yang menjana wang,
Dan, populariti, walaupun dia tidak minat
Struggle for recognition.
Tak salah mencari harta
Tak salah mencari populariti
Tapi, ingat, bukan semua manusia
Minat akan semua itu
Kerna ada yang terpaksa join
Dan ada yang dapat semua itu
Tanpa terlalu berharap...
Dan, ia tidak salah
Andai wanita cari lelaki yang berharta...
Ulasan
Catat Ulasan