~minat~

katanya:

Minatnya dikatakan sia-sia
Sedangkan minatnya itulah
Yang selamatkan dia
Dari kegelapan psikologinya;
Dari depresinya.

Minatnya adalah sia-sia belaka
Tapi, tidak ramai yang tahu
Bahawa minatnya itulah
Yang selamatkan dirinya
Dari pudar di dunia realiti ini.

Minatnya memang sia-sia
Tapi, minatnya itulah
Yang menolong dirinya
Melupakan kedukaan realitinya
Melupakan sebuah kekosongannya.

Minatnya tidak menghasilkan wang
Tapi, minatnya itulah
Yang mendidik hatinya, mindanya
Bahawa minat tak semestinya wang
Tapi, minat adalah hasilkan kegembiraannya.

Minatnya memang sia-sia
Tapi, ramai tidak tahu
Dia itu masih hidup di dunia ini
Kerna pertolongan minatnya itu...

Ya, minatnya memang sia-sia
Kerna ia penawar sementara
Bersifat ilusi hasil fantasinya
Tapi, apa lagi yang dia bisa lakukan
Untuk hidup di dunia ini...?
Adakah dia perlu sibukkan dirinya
Mencari material dunia...?
Atau, sibukkan dirinya mencari populariti?

Jiwa yang mati hasil depression
Tak terlalu minat akan semua itu.

Ulasan

Catatan Popular