~cinta ertinya~

Dia tidak menenggelamkan zahirnya
Dalam struggle for recognition
Agar dirinya dipandang oleh wanita
Yang dia sangat cintai itu...
Dia hanya diam, tanpa usaha
Agar dia dicintai kembali;
Agar cinta romantikanya dibalas.
Dia tidak usaha ke arah itu.
Definisi cintanya lain, dari lain.
Bagi dia, dia tidak perlu berusaha
Agar dia dicintai oleh wanita
Yang dia cintai itu ...
Bagi dia, cinta itu bukan usaha
Kerna, seseorang itu bukan jatuh cinta
Kerna usaha, juga bukan sebuah pilihan
[Dia tidak pernah jatuh cinta melalui usaha
  Atau melalui sebuah pilihan untuk fall in love].
Bagi dia, dia tidak mahu berusaha
Agar dia dicintai kembali
Biarlah wanita itu jatuh cinta
Kerna memang dirinya patut dicintai
[Biarlah cinta datang ke hatinya
  Tanpa usaha darinya].

Lelaki itu lupa, bahawa jatuh cinta itu
Juga ada kalanya kerna usaha.

Tak, lelaki itu tidak lupa...
Cumanya, dia dah malas berusaha
Agar cintanya dibalas kembali.
Dia dah malas akan pencarian
Dan, usaha akan sebuah cinta...

Selalu, dia tidak berusaha
Agar dirinya dicintai kembali...
Kini pun sama
Dia tidak usaha, langsung tidak usaha
Walaupun hatinya, sangat-sangat mencintai
Akan wanita itu...
Bagi dirinya, cintanya dibalas
Adalah perkara mustahil
Sangat-sangat mustahil.

Ulasan

Catatan Popular