~tentang duit~

katanya:

Ternyata
Mencari duit itu
Lebih indah
Berbanding mencari
Maklumat-ilmu.

Ternyata
Pelajari bagaimana mencari duit
Lebih indah berbanding
Pelajari teori mengenai alam
[Nak tahu realiti].

Ternyata
Tujuan hidup ini adalah
Mencari duit
Dan membelanjakan duit
Dan, beribadat.

Ternyata
Duit itu lebih penting
Berbanding ilmu-maklumat
Kerna tujuan akhir ilmu-maklumat
Adalah berapa duit yang didapati.

Ternyata
Mencari duit itu adalah tujuan akhir
Mempelajari ilmu dunia
Dan, ilmu akhirat adalah cara
Melupakan sementara
Pencarian duit dunia.

Ternyata
Ilmu akhirat
Adalah cara sedapkan hati
Setelah penat mencari duit.

Ternyata
Usahaku mencari maklumat dunia
Adalah sia-sia belaka
Kerna tidak menambah duit
Di akaun bank ku
Malah, hanya menghabiskan
Duitku sahaja.

Ternyata
Tujuan hidup di dunia ini
Adalah mencari duit
Dan membelanjakan duit...

Ternyata
Satu kesilapan aku hidup
Di dunia ini...

Ternyata
Semua pentafsiran ku itu salah.

Ulasan

Catatan Popular