~caraku hasilkan karya cinta~
katanya:
Kenapa aku perlu mencari cinta
Masaku di dunia ini dah nak habis...?
Kenapa perlu aku sibukkan zahirku mencari cinta
Andai aku dah tiada masa di dunia ini?
Andai hatiku nak rasa apa itu cinta
Biar saja aku gunakan delusiku
Sebagai caraku merasai cinta...
Biarlah aku merasai cinta
Melalui alam parasocial interaction sahaja...
Ia ringkas, jimat masa, dan delusi...
Aku tiada masa nak mencari dan merasai
Cinta real, di alam empirikal...
Aku tak perlukan itu...
Aku hanya perlukan cinta untuk karyaku
Kerna itu aku jatuh cinta
Di alam maya parasocial interaction...
Aku sibukkan jiwaku, hatiku
Di alam pelik era moden itu
Agar aku ada idea dan inspirasi menulis
Dan ia sebagai eskapisme dari realitiku.
Aku perdalamkan cintaku itu
Lagi dan lagi, sedalam-dalamnya
Agar tulisanku bertambah emosinya,
Walau ia sangat-sangat menyeksa hatiku,
Melemaskan jiwaku, melelahkan zahirku.
Tapi, aku dah biasa akan semua itu.
Hebat tak aku
Kerna nak hasilkan karya cinta
Aku tenggelamkan jiwaku
Di lautan parasocial interaction
Merasai sebuah cinta romantika
Ala-ala cinta di alam realiti
Walau akhirnya semua tulisanku itu
Sekadar sampah, kosong, sia-sia sahaja...
Hebat tak aku
Hanya kerna nak berkarya cinta
Aku gunakan alam parasocial interaction
Sebagai jalan singkatku merasai cinta
Walaupun dalam proses itu
Jiwaku lemas, hatiku merana..?
Itu sebuah pengorbanan dalam sastera;
Aku seksa jiwaku, hatiku, aku
Guna cinta delusional-unrequited
Agar sasteraku semakin sampah sifatnya
Semakin dalam emosinya.
Tapi kenapa, duka cinta delusional
Sama sahaja dengan duka cinta
Di alam realiti empirikal? Kenapa?
Kenapa, ia bisa melemaskan jiwaku
Sama seperti lemasnya jiwaku
Hasil cinta di alam realiti, kenapa?
Kenapa erti cinta di alam itu
Sama erti cinta di alam realiti, kenapa?
Kenapa aku perlu mencari cinta
Masaku di dunia ini dah nak habis...?
Kenapa perlu aku sibukkan zahirku mencari cinta
Andai aku dah tiada masa di dunia ini?
Andai hatiku nak rasa apa itu cinta
Biar saja aku gunakan delusiku
Sebagai caraku merasai cinta...
Biarlah aku merasai cinta
Melalui alam parasocial interaction sahaja...
Ia ringkas, jimat masa, dan delusi...
Aku tiada masa nak mencari dan merasai
Cinta real, di alam empirikal...
Aku tak perlukan itu...
Aku hanya perlukan cinta untuk karyaku
Kerna itu aku jatuh cinta
Di alam maya parasocial interaction...
Aku sibukkan jiwaku, hatiku
Di alam pelik era moden itu
Agar aku ada idea dan inspirasi menulis
Dan ia sebagai eskapisme dari realitiku.
Aku perdalamkan cintaku itu
Lagi dan lagi, sedalam-dalamnya
Agar tulisanku bertambah emosinya,
Walau ia sangat-sangat menyeksa hatiku,
Melemaskan jiwaku, melelahkan zahirku.
Tapi, aku dah biasa akan semua itu.
Hebat tak aku
Kerna nak hasilkan karya cinta
Aku tenggelamkan jiwaku
Di lautan parasocial interaction
Merasai sebuah cinta romantika
Ala-ala cinta di alam realiti
Walau akhirnya semua tulisanku itu
Sekadar sampah, kosong, sia-sia sahaja...
Hebat tak aku
Hanya kerna nak berkarya cinta
Aku gunakan alam parasocial interaction
Sebagai jalan singkatku merasai cinta
Walaupun dalam proses itu
Jiwaku lemas, hatiku merana..?
Itu sebuah pengorbanan dalam sastera;
Aku seksa jiwaku, hatiku, aku
Guna cinta delusional-unrequited
Agar sasteraku semakin sampah sifatnya
Semakin dalam emosinya.
Tapi kenapa, duka cinta delusional
Sama sahaja dengan duka cinta
Di alam realiti empirikal? Kenapa?
Kenapa, ia bisa melemaskan jiwaku
Sama seperti lemasnya jiwaku
Hasil cinta di alam realiti, kenapa?
Kenapa erti cinta di alam itu
Sama erti cinta di alam realiti, kenapa?
Ulasan
Catat Ulasan