~cintanya penuh syahdu~
katanya:
Aku tahu, sangat-sangat tahu
Memandang wajahmu, senyumanmu, tawamu
Melemaskan jiwaku, menyeksa hatiku akhirnya.
Tapi, aku tetap pilih memandang kamu
Kerna, aku rindu akan kegembiraan
Yang wujudmu berikan kepada hatiku.
Aku rela jiwaku lemas, hatiku lelah
Asalkan aku bisa rasa dan menghayati
Kegembiraan sementara memandang kamu.
Aku tahu, suatu hari nanti
Kamu bakal pudar dari hatiku...
Aku tahu, suatu hari nanti
Cintaku terhadapmu akan hilang...
Tapi, sebelum ia benar-benar pudar
Aku nak sungguh-sungguh mencintai kamu;
Aku nak tenggelamkan jiwaku
Dalam lautan cinta itu, sedalam-dalamnya
Walaupun akhirnya, aku lemas selemas-lemasnya.
Aku tetap tak akan coba lari dari kamu
Biarlah masa sahaja yang rampas kamu
Dari hatiku, dari jiwaku, dari hidupku, dari aku.
Aku tahu, sangat-sangat tahu
Memandang wajahmu, senyumanmu, tawamu
Melemaskan jiwaku, menyeksa hatiku akhirnya.
Tapi, aku tetap pilih memandang kamu
Kerna, aku rindu akan kegembiraan
Yang wujudmu berikan kepada hatiku.
Aku rela jiwaku lemas, hatiku lelah
Asalkan aku bisa rasa dan menghayati
Kegembiraan sementara memandang kamu.
Aku tahu, suatu hari nanti
Kamu bakal pudar dari hatiku...
Aku tahu, suatu hari nanti
Cintaku terhadapmu akan hilang...
Tapi, sebelum ia benar-benar pudar
Aku nak sungguh-sungguh mencintai kamu;
Aku nak tenggelamkan jiwaku
Dalam lautan cinta itu, sedalam-dalamnya
Walaupun akhirnya, aku lemas selemas-lemasnya.
Aku tetap tak akan coba lari dari kamu
Biarlah masa sahaja yang rampas kamu
Dari hatiku, dari jiwaku, dari hidupku, dari aku.
Ulasan
Catat Ulasan