Curiosity
Cerita pendek
"Abang, kenapa kapal terbang boleh terbang?', soal adikku yang baru berusia 5 tahun.
'Kerna namanya kapal terbang, maka ia boleh terbang. Andai namanya kapal selam, ia tidak boleh terbang, kah kah kah.', jawabku singkat.
'Ooo.', tanda faham adikku.
Ketika itu, ada seorang manusia hebat-berjaya sedang mendengar soalan yang disoalkan oleh adikku dan jawapan yang aku berikan.
Dia datang kepadaku, dan berkata
'Bukan seperti itu jawapan yang perlu awak berikan kepada budak kecil apabila mereka menanyakan soalan sains! Apa guna awak belajar sains, andai itu jawapan yang awak berikan!? Budak kecil harus dilatih agar curiosity dan wonder-nya terhadap dunia membara.', tegas katanya dan berkaliber auranya.
'Hahaha. Apa guna nak membarakan curiosity budak kecil!? Kerna akhirnya, curiosity itu hilang dimusnahkan masyarakat, dihancurkan oleh sistem pendidikan, dirampas oleh paksaan ekonomi kapitalisme, dan dipudarkan oleh agama fahaman pelik ramai.', balasku serius..
Dia terdiam.
Aku pun berlalu pergi dari situ. Aku malas, nak berkata itu dan ini lagi. Manusia hebat susah nak faham manusia loser. Manusia yang sentiasa di atas, susah nak faham manusia yang sentiasa di bawah. Manusia yang tidak pernah ada tragedi psikologi, susah nak faham manusia yang ada/pernah ada tragedi psikologi.
Definisi hidup ini subjektif, berdasarkan kisah kehidupan masing-masing yang memberi definisi kepada erti sebuah kehidupan. Golongan yang sentiasa di atas, tidak akan pernah rasa, faham apa yang dilalui, dirasai oleh golongan yang sentiasa berada di bawah.
Aku berjalan lagi dan lagi, tapi mindaku sibuk ia kerna sedang berbicara kepada dunia.
Manusia yang hebat dalan psikologinya, yang hebat dalam kisah cintanya, yang sentiasa di atas, yang enthusiasm hidupnya tidak pernah dirampas, yang curiosity nya bersesuaian dengan kehendak sistem pendidikan dan ideologi kapitalisme, tak akan pernah rasa, faham dan tahu apa yang loser sedang atau pernah lalui.
Kenapa nak membarakan curiosity budak kecil, andai suatu hari nanti ia akan dirampas, dihancurkan, dimusnahkan, oleh masyarakat, sistem pendidikan, kehendak kapitalis, fahaman pelik oleh pencerita agama, tragedi psikologi, tragedi cinta? Kenapa? Kenapa? Kenapa nak membarakan curiosity budak kecil, kerna akhirnya dia sendiri akan merana hasil curiosity nya sendiri.
Tahukah kalian, curiosity itu bisa menjadi pisau yang tajam, membunuh tuannya? Tahu kamu?
.
Ya, adakalanya curiosity adalah pisau yang berkesan membunuh anutan-ikutan pelik majoriti masyarakat, kerna hanya curiosity sahaja bisa selamatkan seseorang dari conformist masyarakatnya.
Tapi, dalam masyarakat kita ini, ia adalah pisau tajam yang membunuh tuannya
Ulasan
Catat Ulasan