~lagi dan lagi~
katanya:
Kekosongan datang lagi ke hatiku
Dan lagi, aku di sini, menulis ia.
Selalu, begini aku, hidup tiada erti
Kerna bagiku, semuanya kekosongan.
Pernah di mindaku, katanya cinta real
Bisa pudarkan kosong, tapi bagiku
Ia juga penawar ilusi, kerna
Jiwa yang corrupt sepertiku
Tetap rasa kosong, andai telah
Berjumpa cinta real, kerna itulah
Aku nak hidup, bersendirian, selamanya
Biarlah hanya berteman
Melodi syahdu, sayu, pilu
Sambil menghayati aku,
Akan indahnya sepi, sunyi, sedih
Tanpa cinta real yang indah itu.
Tidaklah aku mahu
Rosakkan erti cinta real kerna
Andai ia masuk ke jiwaku
Jiwa yang corrupt sepertiku
Akan tetap tafsir cinta real
Secara corrupt, secara rosak.
Kerna itu, lebih baik aku hanya
Mencintai wanita maya, walau ia
Sangat menyeksaku.
Wahai aku, apa hidupmu ini,
Telah lama kamu hidup seperti itu
Dan, juga kamu dah lama malas
Mengubahnya, zahirmu malas lelah.
Mahukah kamu, hilang saja
Dari dunia ini...?
Tidak, tidak aku mahu, kerna
Mahuku hidup juga di dunia ini
Walau psikologiku menyeksaku selalu
Tapi, tidak aku kisah
Kerna aku dah biasa akan semua ini
Tetap aku menari senyum
Walau ia melodi cinta syahdu.
Ulasan
Catat Ulasan