~

sampai kapan kamu mahu
dia menjadi duniamu
melemaskan jiwamu?

andai itu menggembirakanku
apa salahnya,
dan andai ia melemaskanku
juga apa salahnya
hidup ini bukan kegembiraan semata-mata
ia juga adalah kekecewaan.

tapi, apa yang kamu lakukan
semuanya adalah delusi
tiada kegembiraan yang real...

lantaklah, aku malas nak fikir itu
kerna, apa kegembiraan real di dunia ini
selain pencarian kebenaran...?
tapi, aku tak minat akan itu
maka, aku pilih menghayati delusi
kerna hatiku dah memang berkawan delusi.
kenapa nak lari andai ia telah ditetapkan?
lebih baik aku embrace ia.

akhirnya dia hancur.
tapi, hancurnya dia itu ditemani senyum
dia senyum kerna dia tidak lari
dari dunia delusinya, dunia fantasinya
dia tak lari untuk mencari kegembiraan real,
dia senyum kerna dihancurkan oleh delusi
bukan dihancurkan oleh realiti.

cuma persoalannya, adakah senyuman itu real
atau sekadar senyuman untuk sedapkan hati?

ah, malas aku fikir itu... kerna, aku juga seperti itu
melayan delusi, mencari keindahan fantasi...

Ulasan

Catatan Popular